.::Mengapalah bawa anak kecil ke masjid atau surau?::.

29082010 (Ahad)

Assalamualaikum, dan salam sejahter.

Kalau ditanya tentang keadaan mataku. Sungguh. Mengantuk. Puas aku pujuk. Puas aku lawan. Perasaan kemengantukkan tahap mokdja ini tetap tidak mahu mengaku kalah. Haih. Kenapakah? Dan mengapakah? Jawapannya pastilah kerana aku sedang membuat assignment. Bila saja aku buka internet. Huh! Sedikit cerah mata aku jadinya.



Mungkin post kali ini, tiada pengisian. Ya, mungkin. Sebab, aku cuma mahu mengsharekan ketidakpuasan hati aku ketika di surau tadi.

Kenapalah dibawa anak anak kecil ke surau atau masjid? Kenapa? Secara jujurnya, kehadiran mereka sangat sangat mengganggu kekhusyukkan aku untuk bersolat. Tidak tahulah dengan orang lain. Lari lari, jerit jerit, buka buka tirai, lalu depan orang tengah solat. Bukankah sangat mengganggu perbuatan itu. Lebih lebih lagi, aku ini pengguna tegar kacamata. Iya, namanya juga rabun. Maka, kacamata itu adalah satu keperluan. Keperluan yang pasti. Bila solat, aku letak kacamata itu di depan, atas sejadah. Namun, bila anak anak kecil ini belarian dihadapan.. Tiba tiba aku menjadi tidak tenang. Risau kalau kalau anak anak tersebut berlari sambil pijak spek mata aku. Tidakkah boleh mendatangkan kepengsanan. Bukan sepusen dua harga spek tu ya.

Tidak tahu lah kan. Yalah, aku ini masih belum punya anak. Kawen pon belom lagi tau *malu malu*. Macamana mau kawen kalau calonnya juga belom ada? Aku belom tahu asbab dan musabab kenapa anak anak kecil ini dibawa kesurau atau masjid. Mungkin juga.
  1. Tiada bibik yang jaga di rumah
  2. mahu didik anak agar dekat dengan masjid
  3. ...................
  4. ...............................
  5. ........................................
  6. .....................................................
Ok cukup. Aku tiada jawapan. Harap kalian boleh isi. Baiklah. Aku memang serius mengantuk ni. Mahu tidur dulu ya. Gudnyte.. Everybody gudnyte~~~~. Salam.

 Ha! tengok tengok. Tidak khusyuk la bapaknya mau solat tu.

p/s:kang kalau aku ada anak karang, mahu bawa ke masjid tidak? *berangan kah?*

Gambar adalah ihsan dari makcik jiran sebelah google. 

Yang tersangat Heklas
AraWani

Comments

mazeermohamad said…
ASSALAMUALAIKUM~ sebenarnya, ndak salah bawak budak2 pigi masjid sembahyang berjemaah bersama2~ ia bertujuan untuk mendidik anak2 supaya bersembahyang~ aku sendiri pun pernah melaluinya~ tapi, ibu bapa seharusnya menjaga mereka, jangan dilepas~ kalau sudah dilepas, dan jumpa kawan2 sebaya mereka~~ naaaa~ mulalah jadi medan tempur cicit kulapit~ hahaha! kata kuncinya sini ibu bapa~ biar anak2 sembahyang di sebelah jak, tarik telinga kalau mau lari~ hahaha! (^.^,)(Y) peace!!
WA'ALAIKUMSALAM mazeer.. (jwpan salam adalah harus jugak urup besar kan? Haha)
Iya.. Aku tahu tu. Kan aku ada tulis tu, mgkin, mngkn mak bapak bawa ank g masjid ni supaya ank boleh blajar, tgk org lain solat.
Tapi.. Kejadian yg berlaku d surau kami tu.. Ish ish ish *geleng kepala*
Para ibu bapa xlarang pun ank dia. Macam mana mo jaga tym solat?
Xpa la. Mngkin aku patut sbr dan redha seja dgn prangai kanak kanak tu.
Unknown said…
assalamualaikum & salam merdeka ara.

bagi kakchik kalau nak bawa anak ke masjid boleh tapi dengan syarat ada orang dewasa yang menjaga dan mengawasi mereka. nak mendidik anak dekat dgn masjid tak salah tapi bila dibawa tapi dilepaskan bebas tanpa didikan tentang adab-adab masjid, baik tak usah bawa ke masjid terutama maknya. lagipun solat di rumah lagi afdal untuk wanita. tapi bila solat raya, harus bawa anak2 sekali kerana ada khutbah raya. biar mereka mendengar sekali w/pun perhatian mereka tak pernah tahan lama. anak2 bebas begitu kerana ibu bapa tak asuh dgn adab2 Islam yang betul.
betul tu kak chik..
bawa anak kalau boleh kawal, Alhamdulillah...
kalau dibiar berbuat kacau dekat surau, atau masjid..
bukankah mengganggu jemaah lain?

Popular Posts