.::Berperang dengan Semut::.


04082009 (Selasa)
Aku kan, rasa macam mahu marah. Marah dengan orang. Yelah, xkan nak marah dengan gorilla pulak kan. Berat kepala hotak aku ni dengan masalah GB nih. Sampai sekarang, xda perkembangan. Dok dekat u ni, bukannya xguna duit kan. Ni dok tungu, dok tunggu, kang kene extend gak satu sem, ada aku kena bunuh bertubi2 ngan mak bapak aku ni kang! Tapi, mahu marahkan siapa kan? Cet! Xpasal2 nak marahkan anak orang.



Semut ni bengong.
Tiap2 hari aku bakar spesis dorang nih, tapi masih ada lagi yang berkeliaran kat atas meja aku ni. Kat laptop, kat dalam air minum, dalam loker. Pokoknya, mana2 tempat yang mereka boleh ada. Heran aku. Masa baru balek dari cuti hari tuh, xda pulak aku tengok, ni aku dah duduk kat cni, baru berkoyan2 datang nak menyusahkan hidup aku.
Mid term..
Even nama aku blom termasuk dalam sistem universiti aku ni, tapi aku dinasihatkan untuk menjoinkan diri dalam semua kelas yang aku sepatutnya amik. Makanya, tomorrow never die. Mengarut. Tomorrow aku ada mid term la. Subjek Kalkulus pemboleh ubah kompleks. Ntah, masuk dua bab, tapi dua bab tuh, banyak yang perlu dihapal, dan aku baru baca 10 % daripada keseluruhan bab yang masuk. Memang sengal.
Kroni..
Hepi lah korang dah dapat kolej kediaman kan? Tinggal aku sorang2 kat kolej kediaman puaka nih. Tiap2 pagi, aku nak g kelas dengan sapa lagi weyh? Rebut bas sorang2 la aku, pegi kafe sorang2.. Uhhuk.. Nanges la aku disudut2 sorang2 nih! Tapi xpa la, at least korang dah dapat kediaman, tuh yang penting. Xpayah risau dah tentang tempat tinggal kan? Aku gembira untuk itu.
Haih! Banyak betol masalah. Tapi, manusia mana yang xda masalah kan? Apa2 pun, semoga TUHAN permudahkan urusan aku. Di dunia, jugak di akhirat.. Amin..

Comments

Popular Posts