.::Aku yAng EmO::.

23012010 (Sabtu, 17:51)
Lamanya lagi aku mau habes study. Sem ini, dan sem depan.

:males:
Sumpah. Bila motivasi itu ada, syukur, aku dapat pujuk diri aku, katakan pada diri aku, ALLAH jadikan semua ini, pasti ada hikmahnya. Tidak DIA menjadikan sesuatu itu sia2.

Betul. Sumpah aku boleh pujuk diri aku sendiri. Banyak motivasi, banyak ayat2 suci yang aku baca, supaya hati aku tidak memberontak. Sangat2 membantu. Semangat untuk meneruskan hidup masih ada. Masih berada dilandasan yang sepatutnya.


Tapi itu bila aku kuat untuk memujuk diri aku sendiri.
Bila kekuatan itu hilang?
Bila emo datang menjelma?

Sumpah, aku lah manusia yang paling lemah.
Lemah untuk mengatasi kelemahan diri. Lemah untuk melawan kemalasan yang melanda.
Kadang, aku rasa macam mahu terbang.
Terbang, tinggalkan segala masalah.
Aku ingin pergi, pergi jaoh2...
Tempat di mana aku boleh perolehi ketenangan, kebahagiaan.

Muzik.
Muzik apa yang boleh menghilangkan segala bebanan yang aku tanggung?
Gambar.
Gambaran apa yang boleh kembalikan semangat aku?
Tampat.
Di mana aku boleh temui jati diri.

Tapi, aku pasrah.
Aku hanya hamba.

Mahu tenang, aku harus kembali ke fitrah penciptaan aku.

Aku hanya hamba.
Harus kembali kepada Sang Pencipta.

Terlalu banyak rinduku yang ku buang hanya untuk mereka yang tidak tahu menghargai.

Ya ALLAH..
Tenangkan hatiku...
Tetapkan rinduku, hanya untuk MU ya Rabbal..

Aku hamba-MU..
Aku lemah tanpa Rahmat-MU ya Tuhan..

Kembalikan semangat juang ku.
Demi aku, keluargaku, agamaku dan negaraku.

Haih...
Sumpah! Aku terasa mahu pulang. Pulang ke pengkuan kedua ibu bapaku. Adek beradekku. Walau kadang terselit duka, xmampu aku bohongi, mereka penguat semangatku.


p/s:sumpah, aku sedang emo. Haahahaha...:nangis:



Comments

Popular Posts