.::Tips Memakai Tudung Syria::.

07062010(Isnin)

Ooooooo yeah!!! *tiba-tiba*. Ok ok. Korang, korang tau kah sejenis tudung yang bertajuk tudung syria? Haah betul la tu. Tudung yang datang sekali dengan pakej anak-anak ikan eh anak tudung tu. Tudung syria ini adalah tudung yang sedang hangat di pasaran sekarang. Anak-anak tudungnya pula, sekarang ini sudah ada yang sampai layer tahap ketiga. HA?! APA?! Tidak paham? Pahamkan lah.

Anak tudung syria 1 tone


Mahu lebih paham? Yang ini, dalam gambar ini adalah anak tudung syria 1 layer aka 1 tone suara SHUT UP!. Warna selamat semestinya adalah warna hitam. Di samping boleh menyerlahkan keghotikan diri sendiri *pengsan*:damn:, ianya jugak boleh digunakan dengan apa jua warna selendang atau tudung syria yang ada. Kiranya macam jenis manusia yang mempunyai darah jenis AB la, semua boleh ngam. Semua boleh terima tidak kira penderma adalah dikalangan manusia berdarah A, AB, O ataupun berdarah sejuk. (Bukan cold blooded seperti ISRAEL laknatullah itu) bak kata astrologywan, bagai manusia berzodiak gemini. Kan orang yang berbintang gemini CUT!! Sila proceed.

syria two tone


Yang seterusnya, adalah syria double layer aka 2 tone. Sekarang ini juga sedang hangat di pasaran seperti hangatnya jualan kuih muih di bazaar Ramadhan. Banyak disaksikan si zaman sekarang ini, anak-anak gadis tidak terkecuali mak kepada anak-anak gadis menggunakan anak tudung jenis ini. How to menggunkan anak tudung ini? Heh! Sila google. sekarang sudah banyak blogger yang baek hati membuat tutorial untuk kemudahan para wanita.

Manakala yang tiga layer itu pula anda bayangkan sendiri lah ya. Ataupun sila la menggo0gle sendiri kerana aku masih belum mempunyai keinginan untuk mencuba memakai anak tudung syria 3 tone ini. APA?! Suka hati aku lah.:sombong:. Hahaha.. Jangan marah Ha..*Buat dalam nada Seniman Bujang Lapuk*. Lagipun, penggunaannya boleh mendatangkan komplikasi ke atas otak aku memandangkan aku memang malas mahu me'match'kan warna tudung dengan baju. SUSAH! (Ikutkan hati, aku hanya berminat dengan anak tudung syria yang satu tone sahaja. Senang, cepat dan pantas).

Sebenarnya, dragon ball ada tujuh biji semuanya. Ara, stop it, itu tidak lawak ok? Ok ok. Pemarah! Sebenarnya, di atas itu hanya pengenalan. (Wat! hanya pengenalan? Panjang berjela bak surat chenta? *sigh*)

Beberapa bulan lalu, bila aku terserempak dengan fashion terbaru bersyria ni, hati aku tertarik. Budget bentuk muka aku akan seswai dengan tudung syria ni aku dengan tamak dan rakusnya telah memborong beberapa anak tudung syria semestinya di butik online la. Harap di Sabah ini mahu jumpa tudung sebegini? Sila pahamkan pepatah 'bagai menunggu member membuat rambut rebonding'. Boleh terima kah pepatah ini? Sungguh lambat ok. Dua butik online yang bagi aku murah dan best ini adalah butik CIK AYUNAR dan erm.. Oh. Aku suda kehilangan link blog tersebut. Mahapkan saya *muka kesian dengan mata bersinar-sinar*. Semua koleksi (tolonglah koleksi ya, maka ada beberapa keping anak tudung saja pun. Tidak layak dipanggil koleksi) anak-anak ikan mak.. Auw.. *tolonglah pondan* anak-anak tudung syria aku datangnya dari butik mereka berdua ini. Selain materialnya best, anak tudung mereka juga seswai untuk makhluk berkepala besar. Kepala besar ok. Bukan besar kepala. Ada beza di situ. Hurm.. Seperti aku *sigh sambil tertunduk pasrah*. Hey! Sila bersyukur. Sekurang-kurangnya aku masih ada kepala. Ya kan?

Selepas menerima parcel dari Cik Ayunar dan Cik yang aku hilangkan linknya itu , aku dengan jakun dan excitednya mencuba anak tudung syria dengan feeling-feeling chantek dan gorgeousnya. Sekali tengok cermin :nyerah: harapan aku musnah *pengsan bertubi-tubi*. Aku sendiri confius dan berada dalam keadaan unconcious beberapa ketika. Dalam hati bertanya-tanya samada yang berada di cermin itu aku kah atau talam dua muka kah. Sangat bulat menyerlahkan kelebaran muka tanpa berselindung lagi. Melebih-lebih betol ayat aku kan?

Selepas beberapa ketika, aku mengalami kemurungan, depresi, termenung di sudut-sudut dan hilang keyakinan diri untuk mengenakan tudung syria ini lagi. (Aku menipu.Kadang-kadang aku masih menggunakan tudung syria untuk ke kedai Ah Heng) sehinggalah aku terjumpa page DOKTOR Fatin Liyana ini. Kenapa aku capital letter kan word doktor tu? Kenapa?!

Terima kasih PAWA ROOT! Ah terima kasih kepada doktor in kerana memperkenalkan tips yang sangat seswai untuk aku praktiskan terhadap anak-anak tudung syria ku. Tips apa? Tip ini berjaya menaikkan semula keyakinan diri aku untuk bersyria semula. *Sangat gembira*. Hanya dengan mengoperate sedikit saja syria anda,muka lebar bulat dapat lonjongkan sedikit bentuknya demi mengelakkan kekeliruan masyarakat di antara talam dengan muka anda.

Apa tipsnya? Tetas saja sedikit demi sedikit hujung syria anda sehinggalah anda boleh memperolehi bentuk muka yang anda ingini. Sedikit demi sedikit ya? Jangan tetas sekali banyak. Kang menyesal dulu pendapatan menyesal kemudian tidak berguna lagi. Senang kan?

Kenapa dan mengapa lah aku tidak terfikirkan idea ini semenjak dulu lagi? Mungkin saja aku bukan DOKTOR. Cis! Ada kaitan ka?

p/s:Siang malam pagipetang aku asik mencuba tudung syria yang suda dioperate dengan jayanya. Jakun tidak? Biarkan.:sombong:




Comments

Popular Posts