Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, July 12, 2010

.::Dalam Kesedihan::.

12072010 (Isnin)

Sebenarnya aku sedang dalam kepenatan. Iya. Aku baru saja sampai kampus. Tiba tiba terasa sunyi. Bukan tiba tiba. Memang sudah terasa sunyi. Ketahuan aku akan tinggal beberapa kerat orang saja. Kawan yang lain sudah habis. HAbis pengajiannya. Habis waktu berjuangnya di unibesiti nurhaliza ini. Yang tinggal hanya aku berdua. Bukan, bukan berdua saja. Ramai. Tapi yang ku kamceng hanya seorang. Lamanya la satu sem ini. Macam mana aku mahu meneruskan hidup?

Sebenarnya lagi, aku dalam kesedihan. Iya. Sedih tahu. Bila terasa tidak ramai kawan kawan yang kamceng. Yang sekepala. Yang boleh petkan tempat duduk time kuliah. Yang boleh tolong sign kan kedatangan. Yang boleh sepatutnya ke lebri tapi menyinggah ke kafe lebri. Yang boleh cover duit kalau duit kurang. Uhh. Sedih. Mahu nangis di sudut sudut lah!

 Terbayang macam mana kehidupan yang bakal aku jalani dalam enam bulan ini? Pergi kelas, sorang sorang. Bayangkan saja terasa ingin pengsan! *pengsan*

Tapi aku harus positif. Percayalah. 6 bulan itu tidak lama. Sedar tidak sedar, boleh habis. Harap harap, sem ini, tidak ada subjek yang sangkut. Amin

p/s:Esok mahu pergi memohon kediaman. Harap harap dapat. Amin.

0 comments: