Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, August 26, 2010

.::Budak UM jatuh dari tingkat 5. Pengajaran dan teladan untuk kita semua::.

26082010 (Khamis)

Assalamualaikum. Mungkin sudah terlewat. Iya, memang terlewat. Sebab kejadian sebenar adalah berlaku pada bulan lalu. 30 Julai 2010. Kejadian yang meragut nyawa seorang pelajar asasi Universiti Malaya (UM). Langsung aku tidak tahu apa apa mengenai kejadian ini. Ketara aku bukan seorang yang hapdate dengan kejadian kejadian di negara sendiri *sigh*. Pertama sekali. Al-Fatihah untuk arwah.*tafakur* Dan salam takziah untuk keluarga. Zulkhairi Azmi bin Md Bukhari, 19 tahun. Erm, chantek nama. Umur pun masih muda. Tapi janji ALLAH itu pasti. Sudah tertulis di Luh Mahfuz, bila ajal kita sudah sampai, kematian pasti datang menjenguk. Baik amalan kita di dunia ini, InsyaALLAH, senang urusan kita di sana.

Kejadian melibatkan arwah ni sebenarnya sangat menyentuh hati ayam aku. Sedang bersiap hendak ke masjid tadi, seorang sahabat menyuruh aku untuk cari blog seseorang. Kawan kepada si arwah. Cari punya cari, then, aku terjumpa dengan blog ini. norbahiyah binti mohd khiruddin.

Dia ini sahabat kepada arwah. Dan dari blog beliau, setiap kejadian yang berlaku sebelum dan selepas kepergian arwah ada diceritakan. Ya ALLAH. Kuatnya dugaan MU untuk cik biah ni. Usia baru masuk 18 tahun, tapi sudah di uji dengan ujian yang maha berat. Iya. Berat bagi aku. Kehilangan kekasih hati, lantaran hubungan cinta yang terputus ditengah jalan saja sudah bisa buat aku separuh gila, apatah lagi jika aku diuji dengan sebegini. Nauzubillah min zalikh. Jauhkan lah. Walaupun begitu, (kenapa aku masih menggunakan ayat sekolah menengah di sini?) yakinlah. Tidak ALLAH uji seseorang itu diluar dari kemampuan hambaNYA.

Lagi satu, buat aku terfikir. Sementara aku masih ada keluarga tersayang, sahabat handai yang masih aku boleh lihat sekarang ni. Eloklah aku menghargai mereka dengan setinggi tinggi penghargaan.

Lagi sumber dari sini.dan sini

matinya hamba ALLAH ini ketika sedang sujud. Matinya kita bagaimana agaknya?

p/s:kita ini kalau ajal suda tiba, biar di mana, bila masa, berbuat apa pun, pasti akan mati juga. Kejadian kematian itu hanya penyebab untuk kita pulang ke Maha Pencipta.



2 comments:

chenta said...

teresak2 saya nangis, baca kisah byah tu...huu :(

|| A r a W a n i || said...

huhuh...
awak nanges teresak esak..
say nanges xbelagu..
sedeyh gila babeng...