.::Bunuh Saja Si Pembunuh Bayi::.

13082010 (Jumaat)

Assalamualaikum, salam Ramadhan pada semua yang singgah kat page yang tidak lah seberapa ini.

Chantek kan tarikh hari ni. Hihihi. Ngam dengan hari Jumaat. Penghulu segala hari. Bukan apa, lebih kurang dua dekad yang lalu, ALLAH amanahkan sepasang suami isteri dengan seorang bayi perempuan yang comel sama dengan hari ini lah. Jumaat. 13 plop tuh, sebab bayi yang comel tu suka no 13 la. Hahaha. Ah, melalut plak. Bye.

Ait! Bye untuk melalut la. Masih ada yang ingin disampaikan di post ni. Tengok berita, baca akhbar.. Makin menjadi jadi pula kejadian membuang bayi di negara ni kan? Hampir setiap hari, ada saja kedengaran bayi bayi yang malang, yang suci mulus tidak berdosa dibuang seolah olah bayi itu bukan manusia. Manusiakah yang sanggup melakukan perkara membuang bayi ini? Atau sekadar syaitan yang bertopengkan manusia. Sebab, bagi aku, jika kita sebut manusia, manusia ini adalah makhluk yang ALLAH ciptakan sekali dengan pakej akal dan fikiran, hati dan perasaan. Tidak ALLAH ciptakan manusia itu hanya dikepilkan dengan nafsu semata. Jadi, bagaimana sanggup seorang manusia itu sanggup membunuh manusia lainnya, lebih lebih lagi bayi. Bayi yang kehadirannya sendiri diundang dengan perbuatan mereka sendiri. Astaghfirullah.. Ingatkan diri sendiri dan kalian pembaca, lebih lebih lagi kita yang bergelar perempuan, jangan sesekali terjebak dengan zina. ALLAH sudah berpesan, "jangan kamu menghampiri zina".

Pernah dengar phrase ni? BERANI BUAT, BERANI LA TANGGUNG. So, kepada penzina penzina diluar sana, ataupun yang terlalu kat page ini, after kalian puas melayan nafsu serakah, after kalian berani melanggar larangan ALLAH, sila kamu berani juga berhadapan dengan kesan dan akibat perbuatan kamu ya. Jangan jadi pengecut.

Secara jujurnya, aku tahu aku ini tidak layak untuk menegur kalian. Aku bukan perfect. Jauh di sudut hati, aku sedar aku bukan manusia sempurna. Ada dosa yang aku lakukan. Ada khilaf yang aku buat. Tapi atas sebab naluri aku sebagai perempuan yang berperasaan, rasa sayu, sedih, marah, geram, rasa mahu menampar muka muka mereka yang bertanggungjawab atas kematian bayi bayi yang tidak berdosa akibat perlakuan kalian, aku gagahkan juga diri menaip entry ini. Maaf, kalau bahasa tidak sopan. Heh, tidak perlu rasanya bersopan dengan kalian.

KUALA LUMPUR 12 Ogos – Kabinet mengarahkan supaya mana-mana individu yang terlibat dalam kes pembuangan bayi disiasat mengikut Kanun Keseksaan iaitu perbuatan membunuh atau percubaan bunuh.

Arahan itu meminta polis supaya menyiasat sesiapa yang membuang bayi sehingga menyebabkan kematian bayi di bawah Seksyen 302 kanun tersebut yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati mandatori.

Selain itu, mereka juga boleh didakwa atas kesalahan percubaan membunuh atau menyebabkan kematian di bawah kanun yang sama.

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) berkata, penguatkuasaan siasatan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan itu mendapat persetujuan Jemaah Menteri semalam.

Menurutnya, penguatkuasaan mengikut seksyen tersebut membuktikan kerajaan serius mengekang gejala pembuangan bayi daripada berleluasa.

“Saya telah berbincang dengan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein supaya Polis Diraja Malaysia (PDRM) menjalankan penyiasatan kes pembunuhan bayi mengikut Kanun Keseksaan.

“Kementerian juga akan menerima pakai penukaran perkataan ‘buang bayi’ kepada ‘pembunuhan bayi’. Ini amaran keras bahawa bayi bukannya dilahirkan untuk dibunuh sesuka hati,” katanya...-Sholina Osman
Alhamdulillah. Ini yang kita mahu. Biar keadilan ditegakkan untuk bayi bayi yang teraniaya oleh darah daging mereka sendiri. Sumber Utusan Malaysia.

Juga berbanyak banyak terima kasih kepada empunya blog DUNIA CACAMARBA. Terlalu banyak informasi yang aku dapat dari beliau. 

p/s: Semoga ALLAH lindungi kita semua dari perbuatan yang membinasakan diri sendiri dan masyarakat. Semoga dunia aman dari kebinasaan yang diciptakan oleh manusia itu sendiri. Amin.

Comments

Popular Posts