.::Kejadian DiGigit Kucing::.

16082010 (Isnin)

Sakit, tapi sebenarnya bagi pengajaran. Siap segala kerja merja bak suri rumah, aku ke ruang utama. Untuk menelaah katanya. Al maklum, mid term petang hari ini. Itu yang sibuk membelek nota segala bagai. Macam magnet, aku terasa wujudnya aura si dia. Siapa? Seekor kucing dwi warna. Itam putih. Aku lihat lalu menuju ke rumah tempat aku menumpang teduh.

Biasa, aku peminat kucing membuka tangan, melapang dada, suka hati menerima kedatangan dia. Uhm, pregnant. Besar perut. Belai, usap, bawa masuk ke ruangan sekali.Layan lenggok seekor makhluk ALLAH. Kesukaan dia bila aku belai belai, terutama sekali part leher dia. Cis. Naek syok la pulak. Tapi sumpah, hati aku girang, hati aku tenang. Terasa gembira memberi manja. Terasa tenang membagi kasih. Even hanya pada seekor kucing.

Sedang asyik membelai, sambil memerhati beberapa orang pekerja kontrak membetulkan apa ntah d rumah depan.. Tiba tiba.. Puan kucing bertindak ganas. Manja bertukar agresif. Maka, terhasillah corak seni di tangan kiri. Tangan yang membelai dia tadi.






Best!
 puas after menggigit


Maybe tym aku belai belai, terpegang daerah larangan. Maybe la kan. So, kalau kucing pun pandai marah bila di pegang kawasan larangannya, sepatutnya perempuan yang bergelar manusia berakal lagi patut tau marah bila dipegang oleh ajnabinya. Sebaliknya zaman sekarang ni kan? Siap ada hasil lagi. Siap buang lagi bayi. Maknanya, kucing lagi bagus dari perempuan perempuan yang dot dot dot..

Comments

deleted said…
tahu xpa... kucin lagi ada akai. lagi syg diri. walaupun bunting xda somi yg sah, tapi dia syg nak mati anak2 dia kan? x mcm pompuan2 durjana di luar sana! ceh, emosi lak saya di sini.. haha

Popular Posts