.::Paderi Melayu? Astaghfirullahal'azim..::.

26082010 (Khamis)

Sudah cukup. Apa yang cukup? Cukup untuk bersedih atas kehilangan my BB. Sabarlah. Apa boleh buat. Sudah ALLAH takdirkan yang ianya bukan kemilikan aku untuk tempoh yang lebih lama. Cuma pelik. Hilangnya begitu saja. Aku tidak tahu. Tercicirkan. Di ambil orang kah? Tapi mungkin tercicir. Mungkin.

Ah. Abaikan pasal itu. Sekarang ini hangat orang bercerita tentang paderi melayu yang datang ke negara kita, Malaysia kan? Pelik. Rupanya ada juga orang melayu yang bukan beragama Islam. Kesahihan berita ini tidak tahu lagi kebenarannya. Tapi, kalau ianya benar. Mari kita sama sama memperkukuhkan iman kita. Akidah kita. Jangan kita terjerumus ke jalan yang salah. Jalan yang merbahaya. Kerana apa, sesalan kita tidak akan berguna kalau pintu taubat sudah tertutup buat kita.

Khabarnya, ada seramai 1900 orang paderi malay masuk ke Malaysia, dan kini berada di Pahang. Datangnya mereka dari negara jiran. Singapura. Dan lagi satu, berhati hati dengan jenama air minum seperti yang berikut:
  1. Al-Baramkah
  2. Al-Mansori
  3. Al-Bistaria
Apakah? Namanya pelik sunggoh. Ada campuran holy water. Tahukan holy water tuh apa? Air yang dibuat oleh paderi, yang dibaca dengan mantera segala? Khabarnya, boleh menggelapkan hati sesiapa saja yang meminumnya.

Maka afwan, ukhti.. Hati hati. Zaman sekarang ini, macam macam kaedahnya orang mahu buat kita terpesong. Doa ramai ramai semoga kita antara golongan yang terpelihara.Amin.




Sumber : Dunia Cacamarba, Impian Sufi.



p/s: Teringat zaman duduk di asrama dulu. Member yang beragama Kristian bagi aku minum air holy bila aku minta air minuman dari dia. Syukur. ALLAH masih mahu memelihara aku.



Comments

Unknown said…
assalamualaikum ara.

kakchik ada baca pasal paderi melayu di fb. satu masa dulu kakchik tengok video seorang paderi melayu berceramah di malaysia timur. katanya dia dr johor. orang melayu kristian semakin ramai skrg ni. pagi tadi kakchik baca satu blog pasal seorang perempuan bernama masitah hairin mengisytiharkan diri masuk kristian di fb. Allahu Akbar. kekufuran dan kebangkitan Islam seolah2 sama naik sekarang ni. moga2 kebaikan juga yg menang menguasai jiwa2 manusia.
Amin.. Minta ALLAH jauhkan kita daripada semua ni kan kak..

Popular Posts