.::Aku dan Aurat::.

1010101(Ahad)

Salam Alaikh.

Masih menuggu teman teman berkonvo. Iya. Mereka belum pulang.
Menunggu sambil blogwalking memang best. Kesukaan ku. Blogwalking di blog blog ilmu. Blog Kakchik, GreenAppleKu terutamanya.

Fokus ku tentang aurat terutamanya. Aurat. Hm. Menutup aurat itu wajib. Itu aku tahu. Memang sudah disogokkan sejak kecil. Sekolah rendah, aku dimomokkan oleh ustazku yang garang. Ustazku yang memberi amaran. "Awas, kalau ustaz jumpa kalian tidak bertudung. Ustaz akan denda kalian di sekolah". Takut! Heh. Seawal darjah dua aku sudah mengenakan tudung. Berbaju kurung. Almaklumlah, zaman zaman awal 90-an dulu, sekolah rendah tahap satu yakni darjah satu, dua dan tiga tidak diwajibkan berbaju kurung untuk murid murid perempuan. Masih ingat? Baju uniform warna biru gelap? Free. Kerajaan bagi.

Masuk sekolah menengah. Aku ditempatkan di sebuah SBP. Agak jauh dari rumah. Syukur. Sekolah itu banyak membentuk aku sebenarnya. Terlalu banyak kenangan di dalamnya. Sekolah kami, seolah olah sekolah agama. Solat dijaga, aurat dijaga. Malah akan ada sesi tegur menegur. 2 minggu sekali. Setiap hari Sabtu. Apa, siapa yang tidak berpuas hati. Biasanya, teguran dari senior ke adik adik junior. Usrah setiap Jumaat. Ada kakak naqibah yang akan memantau adik adik di bawahnya.

Tapi memalukan sebenarnya. Aku bukan dari golongan mereka yang bijak pandai. Malah aku ini budaknya degil. Suka memberontak. Haha. Pernah dipanggil menghadap Penolong Kanan HEM atas kesalahan tatatertib.  Melawan pengawas. Ingkar arahan. Lambat ke perhimpunan. Lambat ke prep. Skip kelas. Skip keluar petang. Cis! Kalau diingat kembali. memalukan sungguh. Haha. Budak budak belum matang memang macam tu. *senyum*

Masuk matrix di labuan, aku jadi terkejut. Perlahan lahan aku sedar dengan realiti dunia. Hidup rupanya macam begini. Macam begitu. Macam macam. Manusia dengan ragamnya. Aku dihadapkan dengan kejadian kejadian rakan sebaya yang terlalu mengikut nafsu. Takut. Takut takut aku turut terjebak. Tapi syukurlah. Aku kira, ALLAH itu sedang memelihara aku. Aku punya sahabat sahabat yang terlalu menjaga maruah. Walau bukan alim. Tapi akhlak baik. Solat terjaga, aurat terjaga. Ehem. Aurat. Tidak seberapa. haih. malunya!

Dalam peringkat universiti pula. Still. Syukur Alhamdulillah. ALLAH temukan aku dengan insan insan yang masih sama attitudenya. Baik. Sopan. Saling menjaga. Cuma, kami ini masih terlalu kurang bab agama. Terlalu cetek ilmu ilmu mengenal ALLAH.

Bercakap pasal aurat. Pernah satu masa dulu, seorang sahabat yang terlalu rapat dengan aku bekata.

'Saya takut la ara. Saya takut mati. Amal saya kurang. Dosa banyak. Aurat pun tutup belum sempurna'

Aku diam. Selepas itu, boleh pulak aku cakap.

'Hurm, kalau bab aurat, sy rasa, sy dh ok kot'

PAP!!! *pengsan*

Boleh aku cakap macam tu? Malu. Iya. Malu sebenarnya. Tiada yang ok. Tiada. Belum sempurna aurat yang aku tutup. Masih belum sempurna. Masih belum sempurna hingga semua anggota yang ALLAH wajibkan untuk tidak ditayangkan kepada ajnabi itu aku tutup dengan sebaik baik penutupan.

Bila?

*diam*



Yang tersangat Heklas
AraWani

Comments

Bijen M. said…
Senang saja nak tutup aurat.
Tak payah pakai tudung 3 4 lapis belit-belit sampai sesak nafas.
Ha ha ha.
Pakai saja tudung labuh.
Encik..
Saya tahu itu. Tapi, kalau pakai 3 4 lapis belit2 pun, kalau menepati syarak, apa salahnya kan?
Ngahahahahahaha...

sy cuma risau aurat lainnya.
Sekian.

Popular Posts