.::Kakak, Suda Suda La Mengumpat Tu Ya!::.

Salam Alaikh.

Pergaduhan yang melibatkan orang orang dewasa ni memang lah buruk kejadiannya. Ha.. Yalah yalah. Balik balik haku hapdate pasal kejadian yang berlaku di tempat aku praktikal ini saja kan. Tapi jujurnya, pergaduhan yang berlaku ini memanglah sangat menganggu fikiran dan perasaan. Lama lama boleh jadi mental kalau begini ni.

Memanglah buruk bila kau bergaduh dengan orang ini tapi kau ajak lagi orang lain untuk sama gaduhi orang yang kau bergaduh dengannya. Hari hari dengar kau menjaja keburukan orang yang kau gaduhi dengan cerita cerita yang aku anggap nonsense.

Cerita hanya bermula dengan punch kad. 2 minggu lalu. Sampai ke hari ini. Cukup lama okeh. Lagi yang haruslah aku tidak gemar, cukuplah kau seorang saja yang bergaduh dengan si polan, jangan lah pula kau meracuni orang lain untuk turut sama bergaduh dengan si polan tersebut. Apakehal la kau ni kak. Kau memang pengadu domba! Serius aku mula menyampah.

Seminggu sebelum kejadian punch kad, kita andaikan nama kakak pelaku kejaidan ini sebagai kakak S. Kakak S ini ada memburukkan kakak R dihadapan aku. Mungkin meluah perasaan aku kira. Tapi serius, ceritanya terbelok dari cerita sebenar. Mungkin dia tidak perasan yang aku juga berada dipejabat sewaktu sesi perdebatan mengenai loan pinjaman rumah. Kakak R menyebut 'Hanya orang gila jak yang mahu buat loan rumah dengan deposit seratus ribu tu kak'. Tapi bila si kakak S ini menceritakan semula, terus perkataan GILA tu bertukar menjadi BODOH. *geleng kepala* Macam macam umpatan lagi lah sehingga aku pening dan malas untuk berkata kata lagi.

Tapi bila dia bergaduh dengan Encik G, kakak R ini telah menjadi kawan-sehidup-semati-malah-akrab-tidak-kira-tempat.

Tidak lah aku kesah sangat kalau drama pergaduhan mereka ini hanya melibatkan mereka saja. Tapi serius menyusahkan aku apatah lagi aku ini hanya seorang budak praktikal yang inesen disamping rajin. Ehem. Rajin ok. Tapi ini kalau sudah menjadi orang tengah memanglah menyusahkan. Bila ada pesanan, kakak S ni selalu suruh sampaikan ke encik G. Serius. KAU BUAT AKU MENYAMPAH GILA.. ANNOYING KAKAK!

Bukan niat menyebelahi sesiapa, tapi aku benci pengumpat tegar yang bermuka muka. Depan kau diam diam, bila orang tuh lepas pintu saja terus laju mulut mengumpat. Get a life la kak.

Macam nilah


p/s : sekejap saja encik G keluar, terus la membahan. Siap panggil orang pula tu.

Comments

Popular Posts