.::Tips Penjagaan Kulit Wajah dan Kempen WIR::.

Salam Alaikh!

Haa.. This is my first entry when i hit 2*. Uff. Ok ok. Umur terpaksa disembunyikan demi keselamatan *kerut kening*
WHAT?!
HAHA. Kidding okeh. Jangan marah. Its privacy. Biar aku dan mereka saja yang tahu. Thanks untuk family and friends yang mengwish masa ketibaan hari ketuaan semalam. Terima kasih banyak banyak. Semoga saja ALLAH perkenankan apa yang kalian doakan untuk aku. Amin. Amin ya RABB. Oh. Tiada sambutan tertentu. Tapi thanks to mak sebab gorengkan mi spesial-time-besday-ara di waktu sarapan. Heh!~~

Hasil pemaksaan oleh kakak sepejabat membuatkan aku sorang sorang merasa tidak selesa di hotel semalam. Nama hotel terpaksa disembunyikan lagi. Haih!

Aku rasa aku bukannya gadis yang mengejar kecantikan. Mungkin. Thihihi. Okeh okeh. Kejarlah jugak sikit sikit. Join kelas kecantikan semalam buat aku rasa. Uff. Ini bukan diri aku. Mekap? Mmm. Cukup hanya eyeliner tanpa bedak tebal yang membuatkan aku rasa terseksa sekalian dengan lipstik yang menjengkelkan perasaan bibir. Eh, bibir ada perasaan ka? Mahap. Tiada gambar kerana aku juga tidak minat mengambil gambar sebab belum terrer. Bila sudah terrer snap pic dengan kamera besar-gedabak-lempar-anjing-lalu-mati barulah aku minat untuk mengambil pic. Boleh gitu? Haha.

Cuma yang bestnya dapat ilmu how to menjaga kulit muka la kan. Let me share to u guys. Eyh. Gurls.. Menjaga muka ini perlunya ada 5 step. Yakni.
  1. Membersih
  2. Menyingkirkan. Eh?
  3. Menyegar
  4. Melembap
  5. Melindung
Ya! Ya! Aku explain satu persatu. Untuk step pertama itu, haruslah kita mempunyai pencuci muka yang seswai dengan kulit muka kita ya. Kalau yang kulit kering, pakai lah pencuci yang khas untuk kulit kering. Sama lah untuk mereka yang berkulit normal atau berminyak. Semalam, ahkak tuh ajar urut muka arah menuju ke atas. Korang pandai pandai lah imejin.

Step kedua pula, menyingkirkan itu pastilah menyingkirkan sel sel kulit mati. Yang ini sangat penting rupanya. Pernah tidak kalian menggunakan produk tapi tiada kesan? Hal ini berlaku adalah kerana sel sel kulit mati yang tidak di buang itu telah memblok produk yang dipakai tanpa sempat produk tersebut terkena ke sel yang masih hidup. Paham tidak? Ok, baguslah kalau paham *sambil tidak memperdulikan audience yg tidak paham* Haha. Kejam betul. Okeh, berbalik ke topik asal ya anak anak. Maka, pentinglah kita menggunakan masker atau pun menggunakan scrub seminggu 2 atau 3 kali untuk membuang sel sel kulit mati. Supaya tiada halangan untuk produk sampi terus dan bertindak balas ke atas kulit. Tapi, kalau ada yang kaya punya both masker and scrib ini, boleh lah pakai masker after scrub kulit muka tuh. Lagi berkesan kot. Dalam kelas semalam, pengunaan masker ini bergantung kepada produk. Produk yang digunakan dalam kelas semalam adalah produk Mary Kay. 10 minit untuk masker sudah cukup.

Step mother. Eh eh.. Step ketiga, after penyingkiran haruslah menyegarkan kulit muka dengan penyegar aka toner. Ini mestilah ramai sudah tau kan. Tidak perlu ulas panjang lebar.

Step ke empat, melembab. Kulit yang sihat adalah kulit yang mempunya kelembapan yang seimbang. Tujuan pakai pelembab ini, supaya bila kita umur 57 tahun contohnya, kulit kita masih lembab bak usia 30 an. Oklah tu kan, jangan la mengharap lebih sangat. Kalian perasan tidak? Kulit orang tua tend to kering kan? Even umur baru 21 tahun pun, kulit nampak seolah olah 43 tahun. Persoalannya, 21 tahun tuh tua ka? Thihihi.. Jangan marah.. Lagipun, melembab ni, ianya menjaga kandungan air di dalam epidermis kita.

Step terakhir adalah melindung. Ha.. Yang ini, pakai krim segala tuh kan. Sekarang ada day crean, night cream. Ha, yang inilah dinamakan melindung. Tapi aku jarang praktikkan step 5 ni. Mungkin sebab itulah kulit muka aku kurang mulus kot. Haha. Ah, perdulikan.

Ini antara ilmu yang aku mampu kongsikan hasil pemergian ke kelas kecantikan. Mahap, bab mekap aku kosong sebab aku tidaklah menumpukan perhatian langsung ketika sesi ini dijalankan. Not a cup of my tea.

Proceed to kesedaran menutup aurat secara menyeluruh. Mari kita menyokong dan mengamalkan kempen yang dijalankan oleh blogger popular serta stylomylo ini, Sue Anna Joe di blognya BUDU DAN BELACAN mengenai kempen menutup dada. Uff. Terharu tau tengok kempen ni.

Klik untuk lebih besar.
So ladies.. Tidak lah kira anda memakai tudung nenek nenek ka, pashmina ka, shawl ka.. Wateva it is, let us together gether berubah ke arah yang lebih baek. Berubah sikit sikit lebih lah afdal jika usaha berterusan. Jangan rombak sekaligus tapi hanya sementara. Orait? Peringatan untuk diri sendiri juga.

p/s: Tahun ni dapat besday give yang paling awsome! Thanks to apak n mak. Love u both!

Comments

Popular Posts