.::Kubur Berapi::.
Salam Alaikh.
Penghulu segala hari, hari jumaat. Aku juga lahir pada hari ini. Eheh! YA! YA! Aku tau. Kalian tidak tanya pun. Cis! Kejam betul.
Hari yang mulia ini, mari kita share ilmu. Di tepi aku ini, ada sebuah buku bertajuk
Penghulu segala hari, hari jumaat. Aku juga lahir pada hari ini. Eheh! YA! YA! Aku tau. Kalian tidak tanya pun. Cis! Kejam betul.
Hari yang mulia ini, mari kita share ilmu. Di tepi aku ini, ada sebuah buku bertajuk
PENENANG JIWA
PENGUBATAN & RAWATAN
by
IMAM GHAZALI
Terjemahan kitab
MUKASHAFAH AL QULUB
Its a nice book. There is 111 chapter where each chapter show us the way how to tenangkan jiwa. Sahabat, ketenangan jiwa itu adalah anugerah yang tidak ternilai. Nikmat ALLAH yang tiada tolok bandingan. Ada harta bergunung ganang pun, kalau hati tidak keruan, memanglah tiada maknanya kan. Kan kan kan? Kalian setuju kan? *sambil cucuk belakang korang dengan pisau*
So, aku mahu kongsi satu chapter dari buku ini. Ok, mari kita lihat chapter apa yang kena........ *baling dadu*
Dapat bab 20. Aku ada banyak dadu okeh!
Ha, buka muka surat ke 86. Tajuknya ialah GHIBAH (MENGUMPAT) DAN MEMFITNAH.
ALLAH SWT mencela orang yang suka mengumpat yang mana golongan ini bagaikan golongan yang suka memakan bangkai.
Dalam chapter ini diceritakan mengenai betapa mengumpat itu adalah satu perbuatan yang tidak sihat. Bukan saja di dunia, malah di akhirat sana. Hinggakan ada diberitahu, si pengumpat, pencela ini paling cepat meruntuhkan agama daripada sipemakan bangkai. Euw. Makan bangkai? *vomit*
Dikisahkan
Seorang lelaki Madinah ada saudara perempuan di suatu kampung sedang mengalami sakit tenat. Maka, lelai itu menziarahi saudara perempuannya itu sehinggalah saudara perempuannya itu meninggal dunia. Lelaki tersebut mengucapkan takziah sambil mengiri saudara perempuannya itu sehinggalah selesai saudaranya itu dikebumikan. Sekembalinya beliau ke rumah, lelaki tersebut teringat akan dompetnya yang tertinggal di kubur. Ia meminta temannya untuk menolong. Teman itu segera berangkat menggali kubur dan menemukan dompetnya. Lelaki itu tadi berkata, "Bagaimana keadaan saudara ku?" Lalu teman itu membuka sebahagian lubang, tiba-tiba api menyala-nyala. Segera lelaki itu kembali kepada ibunya dan bertanya "Ceritakan padaku apa cela saudaraku?" Ibunya berkata, "Saudara mu itu suka pergi ke rumah jiran meceritakan keburukan orang untuk menyebarkan fitnah."
Wallahu 'alam
Ngeri bukan? Ada api menyala nyala dari dalam kubur.
Mengumpat., mencela, menceritakan keburukan orang.. Memang sedap. Tapi, apalah erti kesedapan itu jika dibandingkan tentang azab yang bakal diterima. Na'uzubillah min zalikh.
Sedikit petikan ayat al-Quran yang berkaitan dengan tajuk ini.
"Janganlah setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu memakan daging saudaranya yang telah mati (bangkai)." (Q.S Al Hujurah: 12)
"Celakalah untuk tiap-tiap orang pengumpat dan pencela." (Q.S Al Humazah: 1)
Lelaki, perempuan. Semua sama sama ambil peringatan. Termasuk aku juga.
Moral of the story, kalau mahu hati tenang jauhi aktiviti ini. Kalian sedar tidak? Bila kita bercerita tentang keburukan orang lain, orang bukan judge yang dicerita, tapi orang judge si pencerita. Percaya atau tidak, ya.... Terserah! *rolling eyes*
Comments
sebagai peringatan utk i...
Sama2 kta beringat ye ahkak..
ijat360
ye..
amin..