.::Maybe::.

Salam Alaikh.

Erm. Hai. Ya, sayalah empunya blog ini. Haha. Sila jangan bosan. Blog lamabat berupdate. Semuanya gara gara kekangan internet. Tapi bukan itu topik utama. Topik utama kali ini adalah mengenai re-kapel. Erm, apa pulak re? Eh, entah. Baca saja ayat seterusnya.

Hampir setahun lalu. Hati kecheper. Broke up. Perkara biasa daalam kehidupan. Sudah bertekad cemerlang, kononnya perkara begini(read:kapel) tidak akan berlaku lagi. Malah, mengekang keras aktiviti menuju ke arah perkapelan. Aktiviti menjadi sombong dan berlakon kool selalu terjadi. Semuanya gara gara rasa takut untuk merasai rasa kecheper lagi. Ah? berapa banyak rasa ha? Iya. Kecheper itu sakit okeh. Ambik masa jugak lah untuk menghampiri neutral.

Sekalinya, dalam bulan lalu, muncul seseorang. Eh, pelik kejadiannya. Kami baru jumpa itu pun atas urusan kerja yang tidak lah seberapa kerja pun. At first, berurusan dengan mak dia. Masa jumpa saja, terus mak dia cakap sambil peluk "eh, bagusnya kalau dapat buat dia ni jadi menantu" Ah? Ahahaha.. *pengsan*

Mulanya, abaikan saja. Anggap sebagai ayat manis ibu ibu berjumpa dengan perempuan sopan seperti aku. Hahaha. Sopan sangat....*Rolling eyes*
Lepas tuh, malam tuh kan.. Mak dia suruh pegi makan dengan anak dia aka budak tuh la. OMG! OMG!
At first, memang lah malas. Malas mahu bercakap, malas mahu bersiap, malas lah. Berniat untuk stay dibilik saja. Tapi dipaksa ni. Ai ai ai...

Oh, lupa inform, that budak muda tiga tahun dari aku ya. Diulang sekali lagi.. MUDA TIGA TAHUN. Bye!

Memang la di boo layan kan. Eh, tidak melayan adik adik ya.

Ok, sambung cerita. Selepas bersiap ala kadar, keluar la ni kan. Before keluar tuh, kita ni pun berbasa basi la dengan orang tua.. Aku cakap lah, "Makcik, kami jalan dulu ya..." *senyum* Dan berjalan malas menuju ke kereta.

Masuk saja kereta, terus budak tuh cakap "Eh, macam suami isteri pulak kita ni kan. Baguslah ko ni, hormat orang tua" Erk. *Pengsan lagi*

Lalu, dia pun bawa pergi makan sekaligus bawa tengok tempat dia. Yah, 1st time datang tempat dia walaupun sebenarnya tempat kami adalah dekat. Tidak paham? Abaikan saja.

Start dari situ dia tunjukkan aura suka. And macam biasalah, ayat ayat manis.
Aku? Hanya mampu gelak. Dia budak lagi, bagi lah dia masa untuk matang kan. Ahaha. Tapi, apa yang aku anggap hanya main main bertukar serius. Bukan secarra perlahan, tapi agak drastik. Dan, parents dia sudah jumpa parents aku. Eh, bukan untuk meminang, tapi sekadar berkenalan.

Ntah. Aku jadi heran. Erk, adakah aku sekarang berada dalam zon yang selama ini aku cuba jauhi?



p/s: Rindu maybe.

Comments

Popular Posts