.::Membaca::.

Salam Alaikh.

Masa sekolah rendah, aku suka membaca. Membaca apa saja yang boleh dibaca. Hatta nutrient fact dipembungkus keropok pun aku suka baca. Sebab tu aku selalu dapat markah tinggi bahasa melayu. Bukan maksudnya aku selalu dapat markah tinggi bahasa melayu gara gara aku suka baca nutrient fact dipembungkus keropok. Bukan. Maksud aku, sebab kesukaan aku membaca ini jadi asbab markah bahasa melayu tinggi. Aku paling suka subjek karangan. Sebab biasanya hasil tangan aku akan berakhir di dinding bilik darjah. Dengan bintang. 5 Paling banyak barangkali. Cikgu cakap, penulisan aku seperti nukilan orang dewasa. Aku tipu. Cikgu cakap, karangan aku macam budak sekolah menengah punya karangan. Yang ini betul. Padahal waktu itu aku baru 11 tahun. Kembang? Eh, mestilah. tapi jangan risau sebab masa itu aku masih ingat, aku buat muka macho saja. Sedangkan member disekeliling sudah sibuk menganjing. Thanks la.

Masuk sekolah menengah, aku masih suka membaca, Tapi ke laut. Baca buku novel cinta yang bila aku fikir balik rasa menyesal baca. Daym! Cerita cinta bongok yang pastinya tiada di dunia watak watak sedemikian. Lelaki jahat gila rogol heroin lepas tu jatuh cinta dan menjadi sangat romenstik dengan heroin dan heroin boleh jatuh cinta balik. Daym! Daym! Daym! Penipu. Semua dusta semata. Sempat terperosok masuk ke alam fantasi berdoa semoga dapat seseorang yang seperti watak ciptaan manusia yang sekarang ini aku realize, mungkin ada. Tapi kuantiti yang sangat sedikit. Lengkap segala pakej. Tipu!

Masuk matriks, mood membaca sudah hilang. Sekaligus terjerumus dengan nombor. Dan terpengaruh dengan pepatah, "aku malas membaca, maka aku ambil course mathematic saja". Siapa cipta pepatah bongok ni? Sekaligus aku bongok sama.

Masuk universiti, hancur. Tengok saja langsung hilang. Hilang hilang hilang. Malas, banyak main dan for sure, result 'chantek' saja. HAHA. Aku sudah study, sudah jumpa lecturer, tapi masih begitu. Mungkin bagi aku sudah cukup, tapi sebenarnya belum cukup. Paham? Abaikan.

But dihujung pengajian tu, aku berubah. Ada kejadian. Kejadian itu jadi asbab aku berubah. Allah punya kehendak. Aku jadi ketagih. Bukan ketagih dadah. Ih, palis palis. Nauzubillah. Aku jadi penagih buku. Ketagih ilmu. Ketagih motivasi. Plus aku rasa cool bila membaca. Erm, mungkin sedikit seksi. Mpphh!

Beli buku, sampai dua tiga. Baca sampai puas.

Harus juga syukur dengan perkembangan teknologi.
Banyak ilmu boleh dikaut. Bacalah. Sampai kenyang. Sampai kau bisa paham. Banyak pendapat. banyak ragam. Serius seronok dengan internet. Serius seronok dengan blog blog orang. Serius seronok menghadam pendapat manusyia lainnya. Banyak ragam boleh dilihat.

Aih. Penat. Letih menaip. Okaylah. Mahu berjalan. Ke blog mereka mereka yang berilmu.

P/S : Ilmu tanpa amal apa? Sia sia~~ *noted*

Comments

Aleen Aiden said…
alin pon suke buat karangan.tapi alin suke buat karangan BI.mase skolah dlu kecintaan kpd Bi memang lain mcm cket.hu3
Wau~~
Mesti terel english ni..
kang ajar eyp..=)
naDhi_islamiC said…
bgus, muslim skrg rmai yg malas mbaca
naDhi_islamiC
Mungkin tiada fun bg mereka.
saya setuju novel tak berapa beri manfaat tp ada juga la ckit2..
doakan sy,dan orang lain utk terus membaca kerana-Nya ek!
Fatimah Al-Zahra..
Yah, mungkin ada manfaat. tapi sikit kot.
InsyaALLAh. Mudah2an.. Amin.
rasp said…
akak suka membaca...cuma dah skarang nie masa je tak cukup utk hobi nie...
tapikan bm akak tak terer sgt...akak more ke english...hehehehe...nyesal skarang nie tak lebihkan bm tau...

* have fun balik sabah! enjoice ya...makan2 kat sini, ingatlah kat akak kat sini ye hehehehe
kak rasp,
sy lak nyesal xlebihkan BI dlu.
Uff.. BI asik ke laut jek..
Cmna nih?

Popular Posts