.:: Kejadian Memahami Erti Naif::.

14072011

"Jaga diri baik baik di tempat orang. Jangan naif sangat. Paham kamu??" Pesan seorang abang kepada adiknya yang sedang mengenter(baca:masuk) ke fasa baru dalam kehidupan.

"Haha. Baiklah~" Aku? Naif? Amit amit deh. Balas si adik di dalam hati. Serasanya dia sudah cukup bijak mengatur kehidupan. Setakat Kehel, Wa talak helan. Aku tiadalah naif sangat. Pandailah aku jaga diri. Doakan saja. Selama ini pun sudah biasa jauh dari keluarga. Cuma kali ini lagi jauh. Bukan setanah lagi. Terpisah dek Laut China Selatan. Kalau dulu pergi belajar, kini pergi untuk bekerja. Cari rezeki. Mudah mudahan rezeki yang halal. Amin ya Rabb. 

26082011

"Boleh bagi pokcik duit tak? Pokcik nak balik ^*&*%^&^&$, tapi duit takdop" Suara bergetar, seraya tangan dihulurkan ke arah mereka. Juga dengan tangan yang bergetar. Dua gadis manis lagi comel serta sedikit anggun berpandangan. Stuck. Tanpa banyak cakap, duit RM5 dihulur. Pokcik berlalu pergi. Dua gadis melihat saja dari jauh. Kesian. Cukup ka tidak duit RM5 tu untuk beli tambang. Pandang lagi pokcik tua sampai hilang. Simpati. Mudah mudahan cukup. Padahal dua gadis sendiri kurang duit.

081011

"Miss, boleh minta tolong support kamiolang ka? Cuma tulis nama, umo, and dali negeli mana. Eh, miss umur blapa? Ah? 24 ah? Waa... Macam tidak pecaya loo.. U muka kecik saja. Kita sama umo tau. U masih single ka? Waaaa.. Sy pun single jugak. Eh, negeri S****??!! Wah, sama oo.. Kila support olang kita, telima kasih. Tulis sini 30.
Bla bla bla bla bla bla bla bla..
Bla bla bla bla bla bla bla bla..
Bla bla bla bla bla bla bla bla..




Ok, kasi saya RM30."

Erk? Ah? Adui. "Eh, saya tiada duit kecil lah"

"Tilak mengapa. Duit besar pun tidak mengapa. Saya ada banyak duit kecil"

"Erk. Saya tiada duit. Nak withdraw dlu boleh tak?"

"Boleh. Tu bank sana" Tangan laju tunjuk arah Maybank. Damn.... Apsal la ada bank dekat sini. Ish ish ish.
Dalam hati rasa blank. Aku kena tipu ka ni? Tadi dia cakap support jek. Apsal kena bayar pulak? RM30 pulak tuh. Lagi hairan bin ajaib, apsal aku senyap ikut saja arahan?

Tanpa sedar. Eh, duit bertukar tangan. 

"Telima kasih miss. Tolong support kawan saya juga. Tidak perlu bayar.. Tulis saja"

"Oh? Ok." Menulis. Sekali lagi.

"Ok, thanks miss. Bayar saya RM20"

Tepuk dahi.

"Eh, tadi cakap no need bayar-bayar ni. Ah sudah. Xnak!"Jalan laju-laju sambil tarik member.

Tengah tunggu monorail.

Dua gadis berpandangan. 

Gelak dalam marah. "Hahahahaha. Apsal dua dua bengom ikut jek cakap mereka?" Sambil ketuk ketuk kepala dengan hujung hp. Member senyap.

"Aku xhalal duit aku tu. Penipu! RM50 aku kena tipu hidup hidup." Bicara si member. 

The other gadis senyap. Istighfar laju laju dalam hati. Cuba cari titik neutral. Cuba berfikir secar rasional. Bukan rezeki aku. RM30 tu. Even bukan dengan cara begini aku kehilangannya, mungkin dengan cara begitu. Redha saja. Senyum.

"Hahaha.. Hailah.. Tulah. Sudah pesan kan? Jangan naif sangat. Cepat sangat percaya dengan orang. Lain kali jangan layan. Faham tidak? Tiapa la. Bukan rezeki. Learn from mistake okeh? Hati-hati ditempat orang tu. Pandai pandai lah bawa diri."

"Baiklah" Si adik senyum lagi. Baiklah. Cuba untuk tidak khilaf lagi dikemudian hari.

Cuma saja duit RM30 dapat diberi kepada pokcik tua mintak tambang, tiadalah ralat sangat.

P/S: Rupanya si gadis masih sangat naif. Thanks la!

P/S/S :Sila kalian berhati hati di tangga monorail Bukit Bintang. Sana ada penipu tahu?

Comments

Aleen Aiden said…
amit2 deh tu ape?hu3
yup2,sila jgn mudah berikan duit kpd org.sekarang mcm2 taktik org nk mintak duit.hu3
Aleen Aiden,
Amit2 deh tuh kira macam "eh, tolong sket" versi indonesyia. mengerti nggak?

2 la psl. penipu~~ xpe lah. sudah termaktub d loh mahfuzz~~
Izzaty Ishak said…
Ohoi takutnya kalau kena macam ni. Saya pon boleh dikatakan naif jugak. Ecewaaah. Keh keh keh
II,
speechless tau bila derang dtg ckp..
ee.. geram!

Popular Posts