Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Saturday, December 10, 2011

.::Tolong Jangan::.

Salam Alaikh..

Kadang rasa pelik. Pelik kan? Macam mana seseorang boleh cepat sangat suka, sayang, cinta dengan seseorang lain tanpa perlu melihat wajah pun. Vice versa. Yalah. Donia tengah maju. Dari chatting, email, zaman friendster, masuk ke facebook, twitter and whatsapp bagai.

Dulu pernah juga terjebak dengan cinta alam maya. And kesannya sampai ke hari ini. Sakit. Sangat. Tapi biasalah manusia buat silap. Heh, walaupun sebenarnya frasa ini banyak disalahguna.

Tanpa sedar sekali lagi aku mengakibatkan diri sendiri terjebak dengan hubungan alam maya. TANPA SEDAR.

Sejujurnya, niat dihati hanya mahu berkawan. Berhibur. Bergembira. Berusaha cuba bangkit dari masa lalu. Memang. Terjumpa juga dengan mereka yang turut ikhlas mahu berkawan. Aku selesa. Dia juga selesa. Bahkan ada yang sudah lama sejak zaman friendster lagi. Still, kekal sebagai kawan. Malah ada yang aku angkat sebagai sahabat. Syukur. Sebab niat memang telus hanya mahu berkawan. Tidak lebih dari itu. Ehem! Ada jugaklah yang aku minat, tapi akhirnya minat itu bertukar feeling ke sahabat bila niat heklas mahu berkawan. And syukur untuk itu.

Dan untuk beberapa insan yang pernah aku calarkan hati kalian. Maaf. Aku pinta maaf dari kalian. Halalkan apa yang telah jadi. Tolong halalkan apa saja yang pernah aku renggut dari kalian.

Aku beginilah. Bila berkawan memang aku punya capabilities untuk buat kalian gelak. Rasa senang, rasa selesa. Tapi once kau ku letakkan di posisi paling dalam dalam hati ini, kau akan merasa bezanya sebelum dan selepas. Hahaha! Yang pasti perasaan itu adalah penyesalan. Rimas. Lemas dengan karenah.

Dan sejujurnya juga untuk kalian. Tolong. Jangan harapkan yang lebih. Atau kau mahu aku pergi.

P/S: Buat silap sekali tidak mengapa. Tapi kalau masih mengulang silap yang sama, itu bodoh namanya.

2 comments:

Aina said...

saya jugak pernah, tapi biasa jiwa muda mahu kseronokkan tanpa memikirkan akibatnya. Apapun, kita jadikan semua tuh sebagai pengajaran. InsyaAllah ...

|| A r a W a n i || said...

Aina,
yeap thats true dear. Lets together b a better person. Amin.