.::DAMAI::.

Salam Alaikh

Pagi indah~ *senyum*
Pandang atas, terlihat birunya langit.
Putihnya awan,
Cantiknya sinar mentari.
Cerah, warna emas.
Burung terbang,
Sama riuh keluar mencari rezeki,
Hiasan alam. Cantik.

Pandang bawah,
Konkrit.
Tanda bijak, majunya manusia.
Mana tanah?
Habis bersadur.
Rindu mahu merasa elemen kejadian manusia.
Nyaman kaki bersatu dengan ia.

*tarik nafas*
Sesak.
Hilang nyamannya,
Terasa kotor dengan debu.
Tidak mengapalah, masih boleh bernafas bebas.
Syukur.

Sesuatu menusuk ke kalbu.
Besar anugerahMU TUHAN.
Terlalu besar.
Mohon jadikan aku hamba yang tahu bersyukur.

*betulkan earphone*
~Kerna KAU yang satu, yang setia bersamaku,
  Di kala ku jatuh, ku bangkit kernaMU~

Aku bangkit kerna MU, RABB~

Damai~ Alhamdulillah.




Comments

Popular Posts