Eh, bulan!
Nan ado. Bulan malu ini malam. Sembunyi belakang awan. Ingat comel la main sembunyi sembunyi macam tu?
Bulan pun pandai malu. Apa sudah jadi dengan aku? Mana maluku? Sembunyi dalam baju? Spot check diri sendiri. Malu makin jauh. Hailah malu. Kenapa tinggal aku? Akukah yang menghalau. Malu, mari kembali, biar aku kembali terdidik seperti perempuan bermaruah macam dulu. Yang pentingkan harga diri. Yang pandai jaga kehormatan. 
Sebelas 2011. Sudah bulan ke sebelas atau dalam dalam bahasa Yunani nya, November. Aku tipu. November tu aku tidak tahu asal mana. Asal dari laut barangkali. Aku saspek begitulah. Bagaimana pula dengan korang? Melalut tiba tiba taip pasal November rainlah. Yunani bagai. Back to tracksuit bebeh~
Cakap pasal malu. Malu itu ada dua kesan. Baik atau buruk. Oh, untuk makluman, semua benda di dunia ni, kesan dia dua sahaja. Baik atau buruk. Are sure? Yes I am. Kalau bab malu, malu di tempat yang sesuai, jadilah wanita solehah, dan kesan dia baik. Kalau malu tidak bertempat, samada kau jadi antisocs atau boleh mengakibatkan kekurangan yakin diri which is sangat tidak membantu bila sampai fasa kau memerlukan kerja. Juga kalau tiada kemaluan berbuat dosa contohnya seperti.. Ah. Dosa. Sendiri tahu. Okbai. Kesan dia? Noda yang tidak tertanggalkan. Matilah! Ok aku tipu. Boleh saja tanggal. Semua dari diri sendiri. Yang penting rajin menyental.
Rindulah. Rindu masa-masa tenang. Rindu masa belum kenal dunia. Belum kenal rasa. Ok ok u know what i mean. Budak suci yang tiada tahu apa apa kecuali buku buku buku buku dan buku novel.
Zaman duduk hostel rebel-kuat-melawan-avrilavigne-wannabe punya skill. Bangga bila dapat stay up sampai pagi lepas tu jalan mereng. Rindu zaman, what?? Boys?? Alergik lalu rebel.
Zaman itu tenang. *senyum*
Bila sudah pernah rasa bencinta. Hm. Ok. Bai.
Sebenarnya. Aku rindu zaman tenang. Zaman malu masih teratas. Zaman maruah dijunjung setinggi bintang. Zaman tiada noda.
Sebab sekarang aku rasa kotor. Bekas dosa dulu. Jijik. Dengan diri sendiri. Hm lagi.
Cuba bunuh, tapi belum meninggal. Eh, mungkin sudah meninggal. Tapi jadi hantu. Membayang sesetengah waktu. Heyh kamu, aku mahu maju. Mohon jangan kacau boleh?
Kau masa lalu yang harus aku tinggal. Khilaf. Aku. Benci. Kau.
Jadi jangan mampir. Kamu dan kamu dan kamu dan kamu. Jangan cuba mampir. Risaulah kau aku bisa bertukar jadi mak lampir. Bukan pengamal sihir. Tapi aku jamin, aku bisa hilang sekejapan tanpa sempat kau sedar.

'If you love someone, let them go'. FULLSTOP.

Set them free. Samje?

Sebab kau kena sedar. Aku juga manusia. Manusia full of shit. Kau mahu terpalit? Aku sedang membersih diri dari TAHI masa lalu. Bantu aku yah kawan? Bantu aku jadi suci. Aku mahu suci. Sebab tahi yang terpalit itu, terhumbannya dua kali. Kotoran degil. Melekat jadi daki. 

Terbaik. Mungkin itu terbaik. Pergi jauh.

Yang Khilaf,
Troublemaker^87 <--- Macam gampang. HAHA!

Comments

Pencari Hati said…
yee aku sedang jadikan kau suci murni.

tapi hati kene kuat, sekuat petir.
kau kene tegas dengan diri kau

dengan itu, tekad setekad kau mampu.

btw troublemaker tue cm aku penah dengar jeeee
KAU??
Menjadikan aku suci murni?
[hashtag] pitam
Hahah! Yelah nyah.. yelaaah!

Troublemaker=budak setan

Popular Posts