Terlalu banyak masa terluang ni pun boleh mengakibatkan kematian pada kutu-kutu [hashtag] matikutu.

Tapi hairan jugak dengan page facebook sekarang ni. Bila buka tab lain, buka ke tab facebook semula. Segalanya menjadi legam tapi bila kita gerakkan cursor, ada la nampak beberapa abjad. Mungkin dia berlakon papan hitam dan cursor sebagai pemadamnya. Mungkinlah. Tapi kenapalah aku pegi mengarut sepanjang satu perenggan ni? [hashtag]mengarut

"Free tonight??"
"Asal? Partaaaayyyyyyy~~~?"
"Party qiam at masjid Kg Baru?"
"On"

Bagus ada kawan macam ni. Mudah jalan kembali ke jalan yang benar. Ayat~ Tapi siyes best. Pastu boleh borak-borak. Borak-borak lagi sambil fikir masa depan. Bukannya macam orang tu dok main game guna hp pinjaman ALLAH ke aku sampai tidak mahu bangkit walhal sudah pukul doblas tengahari. Ayam pun pandai jeles kalau melihat keadaannya itu.

Berfikir fikir untuk kemungkinan kembali ke kampung halaman. Masih dalam pertimbangan. Moga bertemu keputusan yang boleh memuaskan hati semua pihak. Amin.

Sebenarnya. Aku tiada benda pun mahu tulis. Saja habiskan masa kalian membaca. HAHA! Oktalucu.

p/s: ketuaan tidak selari dengan kematangan.

Comments

Popular Posts