Hari ini 311212.
Hari terpaling akhir untuk tahun 2012. Terpaling. Dengan janji esok kalau sempat, merasalah hirup udara untuk 2013 pula.
13. Heh. *tibatiba*

Teringat sepanjang perjalanan 2012.
*senyum*
Momento manis. Hangat. Gembira. Bahagia. Wujud. Terasakan.
Momento pedih. Ngeri. Sakit. Ngilu. Juga wujud. Terasakan.
Terpahat. Tertatu dalam hati. Satu persatu.

Alhamdulillah.
Untuk semua nikmat dan ujian.
Betapa betul frasa pengalaman bentara guru terhebat.
Tinggal aku mahu belajar atau terus berbuat khilaf.

Selamat tinggal 2012.
Kau pergi dan yakinlah aku kau tidak pernah akan kembali.
Hanya satu 2012.
Dan kau akan jadi masa lalu yang jauh. Tidak akan pernah dapat aku kembali ke satu detik pun dari waktumu.

Tidak di waktu gembiramu, dan oh memang tidak akan sekali-kali aku mau kembali ke masa jahanam, yang kau bagi ruang untuk aku terperosok.

Walau apa pun.
Terima kasih Ya Khaliq.
Untuk semua kesempatan yang KAU berikan pada hamba hinaMU yg satu ini.
Aku sesali setiap catitan khilaf.
Mohon jangan pernah biarkan aku.
Mohon pelihara setiap langkahku.

Dan untuk setiap lembaran tulisan hidupku di 2012.
Dengan rasminya aku tutup mulai saat ini.
-tamat-

--Buka buku baru--
Eh eh!
Jangan tulis dulu.
Detiknya 2013 belum bermula.

Tapi, lets welcoming this new day, new year.

2013,
Kamu tolong baik- baik saja denganku ya.
Jadi tahun yang saksikan kemajuan aku dalam hidup.
Duniawi dan ukhrawi.
Tamak, aku mahu dua-dua berpasangan.
Sebab aku akn tempang jika tertinggal salah satunya.

2013,
Jujur.
Tiada jaminan aku akn bersamamu menongkah arus sampai ke penghujung hari.
Namun kalau saja sampai masa janjiku dengan Yang Maha Besar untuk kembali ke pangkuanNya,
Biarlah cara aku kembali itu dengan sebaik-baik cara.
Dan biar sudah aku usahakan sehabis cara sehabis usaha setiap harapan.

2013,
Eh.
Hahaha.
Banyak pula catitan.
Tolong jadi baik untuk semua kesayanganku ya?
Family, bestfren dan dia.
*senyum*
Haah. Dia tu. NAOSM.
Tolong jaga dia elok-elok since aku tidak termampu.

Comments

Popular Posts