Baaaanyaaak sangat benda mahu dicerita.
Tiba-tibakan?
Hahahahahahah~ Ko dah kenape dengan hidup kau?
Ah cukup. Intro cam hapa!

Beberapa hari selepas pulangan dari kampung halaman. Majlis penyambutan kakak ipar baru.
Alhamdulillah. Bertambah lagi satu ahli keluarga. Dapat kakak ipar made in Sarawak. Eh? Ahaha. Kakak ipar asal Sarawak. Tempat abang mencari rezeki sekarang. Seopis. Bila tanya macam mana cinta berputik, cinta pandang pertama katanya. Ouch shooo shweeet~

Agaknya, mesti kakak ipar dan keluarga terkejut tengok macam mana pengantin diraikan bagi kaum Bugis. Erm. Bagi aku, secara personal, adat yang agak berlebih-lebihan. dan pelik (?). Hahahahah! Agaknya, sampai ke tahap aku, memang pupus adat mengarut ni. Malas aku mo hambek. Sudah la al-pembazirun. Cumanya yang aku suka bila majlis begini, keterkumpulan ahli keluarga. Memandangkan kami ini gabungan keluarga dua negara. Eceh-eceh~ Yalah. Indonesia tu negara juga. So, keluarga dari belah sana semua turun, hadir memeriahkan majlis. Yang jauh didekatkan. Mana yang masih tidak terkenalkan, Alhamdulillah. Yang mana sapppissen (baca: sepupu) yang tidak pernah dikenali, Alhamdulillah. Kenal. Tahu. Hahahahah! Yang hebat, ada satu kazen sekali tu, umur baru mahu menginjak 20-an, anak sudah dua, dan besar. Boleh mengundang menangis. Okbai. 

So, seterusnya, layan gambar lah yah?

Chantek kan? Tapi ini bari sedikit. Dia laaaagi besar!

Eh??

Baju BODO. Heyp! Nama baju ni BAJU BODO okay. Baju tradisional Bangsa Bugis.  Oh, yang ini baju persalinan yang pertama.
Persalinan kedua. Prince and princess style. Bukan gangnam eh. Bukan. Awas kamu!
Permainan potong-potong kek.

Final. Merah. APA?? Bukan UMNGOK okay~ Tolong skek~
Comel dop? Comel dop? Kazen~
7 beradik yang gagah~ *sigh*

Salah satu adat Bugis. Selalu ada bila majlis kahwin, majlis cukur jambul, atau dalam bahasa Bugis, Maccera' (?).
Yalah. Gembira-gembira begini, terselit juga duka sebenarnya. Dua hari aku sampai kampung, kesayangan kami sekeluarga, Adib, ketua kucing di rumah kami pergi. Bukan pergi jalan-jalan cari makan atau jalan-jalan cari pasal, tapi pergi selama-lamanya. Maknanya, no more Adib, si kucing gangster. Adib, yang cukup lama wujudnya bersama kami. Eh. Sebaklah. Lepas ni. No more jawapan untuk panggilan namanya. Adib~ Adib~ 
Kehadiran kucing jantan lain pun makin berleluasa ke rumah kami. Al-maklumlah. Ada kucing betina manis di rumah tu. Malam-malam malar bunyi mahu mengawan. Dasar sangat. Ayahanda kawasan sudah tiada. Untuk menjaga.

Tanpa nyawa. 
Kucing manis rebutan abang jantan lain.
Kali ini berjalan juga. banyak tempat di daerahku itu, makanan best-best belaka. Contohnya,
Sanggar Cheese. Sedap. Serius.

ABC Milo. Sedap. Serius.

Mango Sagoo. Sedap sangat! Serius. *Nangis*
Balik ni mahu buatlah~
p/s: Buat entry gini, buat aku homesick. Tampaaar~

Comments

Popular Posts