Semalam.
Tigaharibulantigaduaributigabelas.
Bersaksikan keluarga dari kedua belah pihak, abang aku, telah selamat menikahkan diri. Bertukar status daripada bujang kepada suami orang. Oh shooo shweet. 
Aku yang jauh ini hanya mampu melihat gambar la. Ihsan dari adik beradik lain yang pergi. Tiga pergi, tiga tidak pergi.
Save the date for majlis di sebelah kami nanti.

Tahniah. Okbai.

Disebabkan di waktu kejadian aku adalah di Tanah Malaya, maka, aku telah mengambil keputusan untuk berpiknik bersama rakan-rakan di Port Dickson.
Keseronokan tiada hingga. Firstimer memiknik, memang lah sakai. 
Bergerak waktu malam sampai lebih kurang pukul 9 malam, member terdahulu sudah mula berbbQ. Heaven sangat. Sedap yak ampun ALLAH saja yang tahu. 
Malam kami berborak banyak topik. Cerita alam lain. Sebab salah seorang dari member tu ada six sense. Yang lebih benci, pada keesokan harinya beliau mengesahkan kewujudan makhluk lain yang sebok mendengar sama. Benci! Tapi siryes perkongsian ilmu yang hebat. Beliau juga terrer mengurut. I mean, mengurut more to kebahagiaan rumah tangga. So for those yang mempunyai masalah puan, sila berhubung terus kepada beliau di talian 016-218 7310, miss B. Dengan syarat, hanya untuk ISTERI ORANG. Eh eh. Selepas berborak sepanjang malam, esoknya, kami sama-sama bergotong royong making an English breakfeast. Oh yeah, dapat tau resepi blueberry pancake. Terrer ar B tu, semua benda dia terrer. Make up artist, masak memasak for kenduri, and guys, untuk pengetahuan kalian, B adalah penyolek kepada majlis perkahwinan Sherly Merlis. Kagum okayh~ Sambung. Buat sandwiches and sambung makan ayam panggang, jagung bakar, dan ubi bakar. Penuh perut. Lepas tu berenang-renang ke hulu lah di pantai PD sebelum naik laju-laju apabila mengalami kegatalan pedih yang melampau. Saspisyes betul. Persoalannya, adakah aku telah di sengat obor-obor? Jawapannya, Opekoslah tidak. Tiada tanda dan tiada kegatalan lagi apabila selesai mandi. Alhamdulillah~

Selepas kenyang makan-makan dan berborak tanpa henti, kami terus bertolak ke Melaka. Sesat-sesat dan jam bagai, melepaskan lelah di Dataran Pahlawan dan sambung lelah menapak ke Selera Kampung. Kurus berjalan di tengah matahari terik. Dekat sini, aku dan Azzua tidak memakankan diri akibat kehausan melampau-lampau asyik minum air. Maka. Kenyang airlah kami. Menurut member, ada yang kata sedaaaap sangat, ada yang kata biasa saja. Selera lain-lain. Tapi harga memang HAIBAT! Ekor ikan parang. Ekor okay. Ekor sahaja. Ekor ikan parang berperisa asam pedas adalah berharga RM10. Pitam. Tapi mungkin hebatlah kedai tu. Kerusi sentiasa penuh dan ada saja pelanggan menunggu. Ternampak jugak tanda mata dari pihak TV3 suku untuk rancangan Singgah Sahur dan Jalan-Jalan Cari Makan. Lepas makan terus shoooooooooot to Selangor. Keletihan aras teratas. 

Thanks to AT and ROSE untuk sesi menumpangkan kereta akibat kereta Azzua yang bertukar menjadi transformer akibat kehebatan aku sambil memandu sambil tidur. Ngeri sangat.

Ha, nilah pantai PD. Blue Lagoon. Gambar di ambil sejurus sebelum blah
Pantai PD
Sekali update blog ni, update jugalah. 20-22 hb Februari 2013, aku berjaya memijakkan kaki ke Pulau Pinaaaaaaaang~ Tahniah. Hahaha. Walau atas alasan kursus, tapi tersangat enjoice sebab, lagi banyak berjalan dari berkursus. Bukit Bendera, Jeruk Pak Ali, and supposely Bukit Feringgi but i choose to stay at hotel sebab saaaangat letih berjalan kepetangan itu. Lain kali, merancang mahu pergi bersama rakan-rakan. And for next destination after PD, semua setuju untuk bercamping lagi di Janda Baek. Tarikh akan ditetapkan kemudian. Seronoooooooooottt!!

Jambatan Pulau Pinang

From Bukit Bendera with LoVE.

Monkey. And she is pregnant.
Last but not least~











































Adib. Ah, rindu.

P/S: Thanks Ajjun. Orang happy sangat-sangat!

Comments

Popular Posts