Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Monday, May 20, 2013

Kami. Legacy Abd Aziz bin Kadir. Ada tujuh orang semuanya. Kayak anak nabi, tiga lelaki empat perempuan.
Di suatu malam yang tidak seberapa hening dan agak hangat. Tiba-tiba dapat mesej. Dari kakak yang paaaaaaaling sulung.

=')
Baca sambil bergenang, apa lagi yang korang expect? Kikikikikiki. Lepas tu tanya apa respon adik beradik lain. Seperti yang dijangka. Jangkitan tangisan pasti akan berlaku. Hahahahahahaah!
Teringat satu peristiwa sekitar Ramadhan duaribusepuluh.
Aren, adik yang ke-lima eksiden motor. Motor pula abang punya. So, bila abang balik dari Sarawak, memang mendapatlah ceramah beserta petiran yang memang boleh mengakibatkan pedih di ulu hati.
Masa tu, aku, Kak Lin dengan adek Era tengah berjemaah melipat kain baju selori. Al-maklum. Keluarga besar. Kalau lipat sorang-sorang, mau dua kali tahun lompat pun belum pasti berakhir seloka lipat melipat ni.
Sambil dengar lah adek Aren kena petir. Sambil belakon tengok tv. Ko mampu? Mata ke tv telinga ke petir.
Lepas habis drama petiran, adek Aren pegi tempat kitorang, senyum-seyum tapi mata berair. Masih ada hati cover macho yang terguris akibat dimarah. Mungkin tidak tertahan pilu di hati, akhirnya menangis jugak hadek hadek aku tu. Bila dia start menangis, adek Era pulak terjangkit. Aku pantang betul lah dengan Era ni. Suka jadi pencetus drama. Era nanges, paling ke Kak Lin.. Apa lagi.. Turut banjir. Dah tu, takan aku sorang sorang pulak tiba-tiba jadi wanita kental? Berjemaah lagi afdhooool. Sekali harung empat beradik menangis pujuk each other. Lepas tu tuduh menuduh.
"Ko la ni, nanges. Kan aku terikut nanges jugak" marah Kak Lin kepada Era. Sambil gelak-gelak. Adui. Aku kalau ingat balik benda ni, mesti aku tergelak sendiri-sendiri.
Dan biasa, bila kami berkumpul dekat kampung, time mau balik, Kak Lin akan warning awal-awal jangan ada siapa-siapa pergi hantar dekat airport.. Bukan apa, drama beginilah yang hendak dielakkan. Tapi abang aku peduli apa, dia akan cakap, "Kak Lin mo balik.. jom hantar dia ramai-ramaaaaaaaaaiii. Cepat tukar baju!" Maka, semua pergi hantar dan menangis lagi beramai-ramai.
Ya ALLAH, rindunya. Rindu dengan adik-beradik aku. 
Masa kecil dulu, kami bukan rapat pun. Makin besar dan dewasa ni, mungkin sebab semua duduk jauh. Jumpa sekali sekala. Alhamdulillah~ Rapat. Yang tidak pernah terbayang kami boleh seperti ini.
Terima kasih Ya RABB~ Terima kasih untuk semua nikmat. Alhamdulillah..

4 comments:

InaYusoff said...

sayang..
kamu akan bertambah tambah rindu dengan adik beradik bila kamu dah kawen nanti..

:(

|| A r a W a n i || said...

Mommy~
Itu benar. My sis pun selalu ckp mcm tu.
Agaknya, kenapa ya mommy?

InaYusoff said...

sebabnye..
nanti masa akan terbahagi dua or tiga or empat or lima..

masa nak bersama adik beradik tu kurang....

ada paham sayang?..

|| A r a W a n i || said...

Paham now.
Tapi kakak, sejak dh kawen dia rajen pulang kg tau. Masa single mingle dlu, kureng sket.

Hihihi..
Tp, Alhamdulillah sgt.
Skrg kitrg makin rapat.