Angan-Angan



Bila fikir pasal masa depan. Seronok. Banyak benda yang aku rancang. Yang aku rangka.
Pagi tadi. Lepas solat subuh, buat rutin macam biasa. Tiba-tiba muncul lagi dalam fikiran. Mahu sambung study. Mahu belajar. Mahu rasa muda balik. Mahu kembali ke rutin as pelajar.
Masa degree dulu. Seronok. Sangat. Tapi kesal la. Rasa menyesal sebab tidak guna peluang yang ada untuk belajar sungguh-sugguh. Untuk kerah keringat kalau boleh sampai keluar darah. Memang la keluar darah period tapi itu pun bukan setiap bulan. Eh? Kau mengarut apa Jemah oi?
Degree dulu banyak main. Sebab tu pointer ala kadar. Rapat dengan lecturer pun bila penghabisan semester. Baru lah pointer ada naik sikit. Siiiikiiiit sajalah. Asal cukup syarat untuk graduate.
Sekarang ni. Keinginan sambung belajar mencanak-canak seperti cendawan selepas hujan walau lepas hujan tiada pula penampakan sosok cendawan (?) di mana-mana.
Servey punya servay. Paling banyak course siok dekat UKM. Ada Master of Mathematics dengan Master Of Statistik. Tapi U lain pun ada juga course ni. UM ada. Course ni, mana-mana U ada jugak kot. Niat hati mahu sambung course yang tiada research dan penulisan tesis atau yang berkaitan dengannya. Tapi kalau mahu sambung kesinambungan pembelajaran degree dulu, course yang paling senang pun kena ada penyatuan (?) di antara course work dengan research. Boleh la ni. Apa guna ada laptop baru kan. Haha! Ok tiada kelucuan di situ. Bai.
Bila buka thread-thread yang bincang pasal sambung master ni. Jadi kepikiran balik. Haha. Aku sudahlah baru kerja. Gomen. Tapi gred SPM sahaja. Itu pun syukurlah nak. Gaji lebih kurang masa kerja level degree dulu. Urusan untuk pengesahan jawatan semua sudah ok. Exam lulus. Program Transformasi Minda (PTM) pun baru lepas. Which is syarat wajib untuk pengesahan jawatan. Tinggal tunggu surat sahaja. Alhamdulillah untuk itu.
Aku ni komitmen banyak. So banyak benda mahu consider sebelum betul-betul ready untuk belajar balik. Aku kalau boleh mahu belajar dengan aman tanpa perlu fikir pasal uwang dan sebagainya. Gitulah. Malas aku keseronokan belajar itu terganggu dengan masalah picisan.
So selepas berfikir dengan mendalam sedalam-dalamnya. Aku bagi target dengan diri sendiri. Bukan waktu terdekat ini untuk aku sambung pengajian. Tapi insyaALLAH. Tetap diusahakan.
Still dalam lingkungan Matematik atau Statistik. Itu saja mampu. Dan aku minat. Programming, computer language. Boleh lupakanlah. Jauh aku tinggal. Tiada kemampuan catch up walau kejelesan dengan dak Ayugee dah jadi programmer la ni. Haibat!
Okbai.


Comments

Popular Posts