Kereta


Dua tiga menjak ni, topic perbincangan kami lebih kepada kereta. Biasanya akulah. Sebenarnya lebih kepada aku. Hahaha (?) Kereta itu, kereta ini. Jujur. Aku terlalu dambakan kemilikan sebuah kereta. Terlalu. Miaw~

Kalau ikut kereta impian, entah wujud ke tidak manusia di Malaysia ni yang mempunyai kereta impian adalah kereta Malaysia? Bukan merendahkan. Tidak sama sekali. Tapi kalau dari segi kualiti. Hmmph. Sudah semestinya. Kita as pengguna mahukan sesuatu yang berkualit, yang setara dengan harga.

Contohnya, kereta MyVi. Paling koman la. Sebolehnya kalau aku punya rezeki untuk berkereta nanti, paling kureng pun try untuk ambil MyVi. Di Malaysia ni, harga basic MyVi sahaja adalah RM41, 924.30 untuk Solid dan RM42, 424.30 untuk Metallic. Dan untuk pengetahuan, harga adalah berbeza ikut tempat. Sabah dan Sarawak up sikit. Oh, beruntunglah untuk penduduk di kawasan bebas cukai seperti Labuan dan Langkawi. Di sana harga kereta kurang sikit berbanding tempat lain. Kena ingat, itu hanya harga basic. Belum tambah itu ini. Service cas apa semua. Mungkin kena ready dalam seribu lagi untuk lain-lain cas. Mungkin.


Sebal jugak bila bukan PR yang ambil alih tampuk pemerintahan Negara. Kalau tidak, sekarang pasti harga sedikit murah dengan manifesto turun 20% perlahan-lahan setiap tahun. Bukan apa, BN pun janji juga untuk turunkan harga kereta. Iya, turun katanya. 10 model yang terpilih. Tapi dengan trick yang kalau kita ini tidak membaca, tidak celik mata, memang bodohlah kita apa adanya. 

10 model kereta turun harga

Mohamad Madani

KUALA LUMPUR 9 Jun - Langkah kerajaan untuk menurunkan harga kereta secara berperingkat sebagai memenuhi aku janji dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 mula menampakkan hasilnya apabila 10 buah model kereta telah mencatatkan penurunan.
Bagi tempoh Januari hingga Mei tahun ini, beberapa model kereta daripada jenama Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda masing-masing telah menyaksikan penurunan harga untuk fasa pertama.
Petanda awal positif ini jelas menunjukkan hasrat kerajaan menurunkan harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus secara berperingkat sehingga 2017 bukan satu omongan kosong seperti yang digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.
Sepuluh model yang telah menurunkan tanda harganya di pasaran setakat ini ialah Peugeot 308 (11 peratus), Volkswagen Golf (7.1%), Viva (5.4%), Myvi (4%), Persona (3.8%), Alza (3.4%), Preve (3%), Honda Jazz Hibrid (2.5%), Saga (1.1%) dan Exora (0.7%).
Pelan penurunan harga itu dilaksanakan dengan memberikan pengurangan duti eksais secara berperingkat terhadap pengeluar kereta yang menggunakan lebih banyak komponen tempatan.
Ketua Pegawai Eksekutif, Institut Automotif Malaysia (MAI), Mohamad Madani Sahari berkata, cara itu adalah lebih baik daripada memberikan pengurangan duti eksais sekali gus atau secara mendadak.
Katanya, walaupun duti eksais sekarang berada di tahap sekitar 65 hingga 105 peratus, tetapi pada hakikatnya, jumlah duti eksais yang dibayar oleh pengeluar kenderaan pemasangan tempatan (CKD) hanyalah sekitar 40 hingga 50 peratus.
Menurutnya, pengeluar kenderaan CKD telah membuat aktiviti tambah nilai kepada komponen tempatan dan mereka layak mendapat pengurangan duti.
"Bagi kenderaan jenis diimport sepenuhnya (CBU) dari negara yang mempunyai FTA dengan Malaysia, import duti juga telah dikurangkan.
"Sebagai contoh kenderaan CBU dari negara-negara ASEAN telah pun menikmati insentif bebas duti import bermula 2010 lagi, manakala CBU dari Jepun dan Australia juga menikmati insentif sama secara berperingkat hingga 2016," katanya kepada Utusan Malaysia.
Madani berkata, kaedah pengurangan lain yang dirancang kerajaan adalah melalui liberalisasi industri automotif tempatan dan kaedah tekanan pasaran.
"Dari semasa ke semasa, pengeluar kenderaan, vendor bersama dengan kerajaan akan membuat inisiatif untuk memperkasakan daya saing sektor automotif untuk membantu mengurangkan kos operasi, sekali gus mempengaruhi harga akhir produk," jelasnya.
Beliau berkata, penurunan harga kereta di negara ini telah dilakukan tetapi kurang dirasai rakyat kerana mereka mengharapkan penurunan yang drastik dan mungkin beranggapan harga kereta tempatan boleh menjadi setara dengan harga di Thailand.
Katanya, kerajaan telah menerangkan bahawa penurunan harga kereta mestilah dibuat secara berjadual dalam masa lima tahun kerana perlu melindungi nasib rakyat yang telah memiliki kereta.
"Ini penting, penurunan terlalu tinggi memberi impak negatif terhadap harga kenderaan terpakai, kereta yang masih lagi berhutang dengan pihak bank, industri kereta terpakai, institusi perbankan dan pihak lain yang terlibat secara langsung.
"Penurunan secara drastik juga akan merugikan semua orang terutamanya orang awam yang telah mempunyai kenderaan dan mereka akan mendapat tamparan hebat kerana harga kenderaan mereka akan mengalami penyusutan harga yang teruk.
"Bagi pengguna yang masih berhutang dengan bank, sudah semestinya jumlah hutang mereka akan melebihi nilai kereta disebabkan susut nilai pasaran semasa. Situasi ini tidak baik untuk ekonomi negara," jelasnya.
Ditanya, apakah faktor yang menyebabkan rakyat tidak merasai penurunan harga kereta, beliau menjelaskan setiap pengeluar kenderaan mempunyai strategi pemasaran yang berasingan.
"Pada permulaannya, kebanyakan pengeluar membuat penurunan melalui rebat dan promosi tetapi setengah pengeluar telah mengurangkan harga kereta secara mutlak.
"Harga kereta dan penurunannya adalah tanggungjawab pengeluar kenderaan," tegasnya sambil menerangkan peranan kerajaan adalah merangka dasar yang memberi pulangan yang baik kepada semua pihak.


Nampak tak nampak tak?  Nampak dekat yang aku highligh color merah tu. Strategi BN untuk turunkan harga kereta sebenarnya hanya bergantung kepada syarikat pengeluar kereta untuk kurangkan margin keuntungan mereka. Ikut logik lah kalian, kalau kau peniaga pun, kau mahu untung ala kadar? Selagi ada peluang untuk untung besar, mestilah sauk selagi boleh ye dak?

Berbeza dengan genius ekonomi Rafizi Ramli, penurunan harga kereta melalui pengurungan duti eksais. Yang mana cukai ini hanya dikenakan untuk empat barangan. Kereta, Liquor, Rokok dan Kad Permainan Judi. Informasi ni aku dapat masa pergi kursus untuk untuk sah jawatan tempohari. Untuk keempat-empat barangan ini, cukai itu dikenakan supaya pengaliran barang tersebut terkawalkan. Almaklum. Yang kita boleh nampak lambakan kereta di jalan raya. Terutamanya bandar-bandar besar. Tapi bagi aku rakyat marhaen picisan ini, dengan alasan itu, bolehkah menidakkan hak orang yang kurang mampu? Yang mana kereta adalah satu keperluan bukan lagi kehendak melainkan sistem pengangkutan awam di negara kita ni memang first class yang kalau tiada kereta still boleh sampai destinasi malahan lebih cepat.

Pergh. Panjang hujah. So, apa macam Azzua? Boleh tolong jangan janji manis lagi untuk bagi kerja dekat iolls ni? Orang perlu bekerja supaya boleh Lamborghini. Tak menahan taste tinggi gaji cukup makan impian mat jenin betul kau ni.

p/s: kalau tak mampu jangan guna barangan yang ada cukai. Dikata oleh seorang berpelajaran tinggi dan berjawatan tinggi di sektor kerajaan. Bagi aku, apa kau tahu jerit perih rakyat marhaen. Hidup kau pun banyak ditaja oleh pembayar cukai. Okbai!


Comments

Popular Posts