Kelah

Perjalanan menuju ke Felda Besout, Sungkai, Perak bermula dengan sedikit mogok dan tunjuk perasaan dengan drama tidur dulu sehingga limpas (tiba-tiba bahasa Sabah) RnR Rawang kalau tidak silap. Bergerak lebih kurang dalam pukul 10.40 Jumaat malam dengan ramalan bakal sampai pukul 1 pagi lebih. Ya. Ramalanmu tepat belaka. Sedikit ngeri dengan keadaan banyak kenderaan berat yang lebih laju berbanding kenderaan ringan. Langsung tidak mengambil iktibar dengan kejadian 37 nyawa terkorban dalam nahas Genting Highland baru-baru ini. Hipotesis semakin bertambah berat seseorang/ sesuatu, semakin lambat pergerakannya nampaknya boleh la direject kerana bas/ lori etc semuanya lebih memecut daripada kereta-kereta kecil apa lagi kereta buatan Malaysia. Hahahahah! Ok tidak lawak pun.

Sesampai di Felda Besout, peserta (?) dihidangkan dengan kuah kacang yang super sedap beserta nasi impit dan jugak satay daging. MasyaAllah, ada peserta yang hilang ingatan pasal diet lalu membaham tanpa henti makanan lazat tersebut. Lebih menyedihkan. Peraturan tidur hanya selepas 2 jam mengketedarah juga tiba-tiba pandai luput dari ingatan. Maaf. Tiada gambar disertakan sebab penyakit alzheimer melanda akibat teruja dengan makanan lazat hasil tangan chef Hamimah. Thanks mak.:')

Tentatif program diteruskan pada keesokan hari apabila warden mengetuk pintu peserta yang kononnya mahu bergerak awal padahal solat subuh juga skip. Dengan alasan tidur lambat. Menjawablah nanti di akhirat kelak engkau berdua! Di sini peserta tetap membaham nasi impit, kuah kacang lazat serta satay daging tanpa memperdulikan orang lain. 

Selepas itu. Peserta bergerak ke Sungai Klah Hotspring. Ya Allah, Subhanallah, sangat best taktau nak cakap camana lagi haih (baca: bahasa Perak). Yuran kemasukan adalah RM12 untuk dewasa. Baby bawah 3 tahun free. Yang lein, tak ingat. Pasaipa tukaq bahasa taktau. Masuk ke dalam kawasan mandi manda kena naik TRAM. Sesuatu seperti train tapi bukan train. Biasanya kenderaan ini wujud di zoo-zoo atau Safari.



Kolam air sejuk

Lagi kolam air sejuk

After garisan tu dalam lah sikit untuk yang katik

Hang tengok aksi terlampau dak atikah nih. Isk isk isk.

Entah bila dia baca majalah Mangga ntah.



Yang sempat ambil ni gambar di kolam air sejuk. Kolam air panas? Ada, tapi inapropiate untuk tayangan umum. Mihihihih.

Pulang dari berkelah, makan ikan masak tempoyak pulak. Ya ampun, si gemuk yang tidak henti-henti menambah lemak. Lepas makan, tidur. Tidur sampai gemuk.

Alhamdulillah. Sangat gembira. Sangat kenyang. Sangat enjoy. 

Terima kasih ALLAH.
Terima kasih Azzua. Untuk layanan keluarga yang sangat baik.

Comments

Popular Posts