Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Sunday, June 15, 2014

Seingat aku. Paling last aku potong rambut maha pendek, adalah pada zaman rebellious gila-gila remaja. Tingkatan empat dulu. Kalau aku tidak silaplah.
Zaman budak-budak perasan hebat. Zaman siapa paling tahan stay up lama. Zaman earphone sentiasa ada dekat telinga dengar lagu jerit-jerit. Sum41, Blink182, Greenday, Good Charlote. Zaman walkman. Haha. Besar gedabak bawak ke hulu ke hilir. 
Zaman tu, belum muncul cd lagi. Masih kaset. Bersusun lahai dekat locker kaset-kaset milik sendiri dan kaset pinjam.

Tapi lagu bukan tujuan utama topik aku untuk kali ini. 
Rambut pendek. 
Sebenarnya, tadi aku join ceramah(?) ke kursus(?) pengurusan jenazah. Kelolaan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) dengan kerjasama orang perseorangan. Kawan-kawan rapat ajak pergi. Bukan dalam perancangan sebenarnya pergi ke kursus/ceramah ni, tapi perancangan Allah itu maha cantik, terizinkanlah aku pergi ke majlis ilmu yang sangat seronok. Dengan penceramah yang sempoi dan lawak. I loike that ustazah very much.

Ustazah Suriati binti Shaadan. If im not mistaken.

Satu sebab yang buat nekad untuk potong habis rambut aku bila sentuh bab jenazah yang tidak terangkat hadasnya. Benda mewarna rambut ni sebenarnya banyak pendapat. Ada yang kata harus, ada yang kata sunat, ada yang kata haram. Bergantung pada situasi. Islam itu cantik, tidak menyusahkan dan sangat mudah.

Memang ada pewarna rambut yang halal di pasaran. Halal itu tapinya bukan dari kebolehserapan air masuk ke rambut. Halal mungkin dari bahan-bahan produk. Halal pewarna rambut tidak semestinya menjamin ianya tidak menghalang air dari melepasi rambut. Maka, itu yang menjadi pokok pangkal, apabila mewarna rambut. Entah kenapa aku jadi was-was padahal dulu yakin saja. Dengan itu, nekad mencari saloon. Hilanglah rambut panjang aku. Dengan harapan, rambut yang diwarnakan hilang. Tumbuh rambut baru, yang suci dari warna. 

Nervous sebenarnya. Raya dalam sebulan lebih lagi. Mak pula bukan boleh tengok anak perempuannya berambut pendek. Memang siap siagalah mendengar nyanyian lagu-lagu zikir kasih akibat menggunting rambut pendek sangat macam ni.

Aku tiadalah berjanji untuk tidak mewarna rambut lagi lepas ni. Haha. Tapi akan lebih berhati-hati untuk memilih jenis pewarna. Hanya inai yang dibenarkan.

Baik ustazah. 

0 comments: