.::Today is Friday::.

24072009 (Jumaat)

Ooopss! Masuk hari Jumaat dah ari ni. Yah.. Disebabkan kebocoran yang melanda, pagi ini, aku bangun sangat lewat. Ya iyalah.. Lewat bagi aku. Pukul 9.30 pagi. Seperti biasa, selepas membersihkan diri, aku ingin menyiapkan esaimen yang ada. Kalkulus. Ehem! Sebenarnya, esaimen ini wajib hantar hari ini. kompom la aku mahu siapkan hari ini jugak. Baru siap satu soalan, another soalan, akan disiapkan bersama teman-teman yang lain (aka meniru). Meniru? bagus... Boleh menaikkan prestasi. After siapkan satu soalan, yah.. Aku dapat SMS dari teman-teman ku. Budak GB kan.. Urusan belum selesai, perjuangan masih diteruskan, demi meneruskan pengajian pada semester ini jugak! Sekali lagi, mesti diteruskan pada semester ini! Oops.. Cerita belum habis.Teman-teman aku menyuruh aku untuk ke sekolah sekarang, supaya dapat berjumpa dengan TNC bahagian akademik. Yang berbahagia Prof sedang mengajar kelas mereka. Salah satu lagi sebab aku patut bersyukur ke hadrat ALLAH, TNC tuh merupakan salah seorang kroni course kami. Dengan status dia tuh, insyaALLAH dia paham permasalahan budak matematik.

Aku apa lagi, bersiap apa yang mampu, terus melangkah kaki menuju ke bas stop. sempat mengurat pakcik bas, dan terus sampai ke sekolah. Aku lihat teman ku dari jauh, dan teman-teman yang lain, sempat memberi support kepada aku. Haahahaha.. Thanks korang.. Korang da best kroni in da world! Eh, apa2 pun, sejurus prof keluar dari kelas, aku terus menerkam. Oh, menerpa... Terus kemukakan masalah. Huh! pada mulanya jantung aku hampir gugur bila dia cakap kami not sure bleh daftar semester ini atau tidak. Walaubagaimanapun, after beberapa soal jawab, ALHAMDULILLAH.. Aku mampu menarik nafas lega bila prof bagi jaminan. Syukur ya TUHAN.. Mulanya, dia suruh kami bersemuka dengan pegawai dia dibahagian akademik, Puan Aida. TApi, after that, dia minta nama, no matriks dan jugak PNGK kami supaya senang dia berurusan. Lagi, dia sempat meminta no telefon kami, supaya senang dia hubungi katanya.. Pergh! senang hati aku. Apa pun, aku masih belum boleh lega sangat selagi aku dan teman-teman yang terlibat belum mendaftar.

Comments

Popular Posts