.::Neves::.

09092009 (Rabu)
Smart pulak tarikh hari ni kan? Triple 9. Ohhoh! 19 hari sudah, kita berada di dalam bulan penuih keberkatan nih. Aku sebenarnya sedang berada di dalam lebri. Niat di hati tadi
mau cari buku. Tapi, selepas aku bertawaf di dalam lebri yang maha besar nih, aku letih. Bila letih, motivasi aku untuk mencari makin kurang. Bila motivasi kurang, ha, aku pun termelangkah ke bilik umtp ini untuk online.. hahah.. (aku beralasan)

Tadi ada kelas SE. Aku duduk paling depan. Yah, kena berubah, demi masa depan yang cerah. Member aku sorang, xdapat datang. Terlajak tido katanya. Sorang lagi ke Tawau, pegi ke rumah bakal suami dia. Bila tiba bab attandance, suddenly aku teremo di sudut2. Jauh di sudut hati, sedeyh weyh.. Nama kau xda. Tapi itu lah hakikatnya, aku kena terima yang nama aku belum terdapat dalam sistem. Last2, aku g kejar Puan S untuk keterangan lanjut, dan syukur, ia memang menenangkan hati aku.

Esok, ada kelas yang menakutkan. huh! memang sangat menakutkan. Aku suda start neves dan cuak. Malam nih, aku bertekad, yah, bertekad cemerlang untuk mengulangkaji subjek dia yang meneveskan kepala lutut aku tuh!

Ha, aku belum menerima mana2 barang yang aku beli secara online tuh. Ini memang boleh mendatangkan marah!

p/s: tengah bersabar. Pusat MEL bukit raja tuh di mana?


Comments

Popular Posts