.::Imam Muda Abe Syara::.

18062010(Jumaat)

Kenapa JERMAN?! Kalah 1-0 dengan Serbia? Sadis betul. *Emo plak ko kan minah?*

Asyik tengok bola, baru aku sedar yang aku sudah ketinggalan hampir seluruh waktu dengan rancangan IMAM MUDA. *shy*. Haah, aku tengok IMAM MUDA. Comel kan? *pengsan*. Rancangan realiti begini lagi menarik minat berbanding rancangan realiti lain yang lebih kepada hiburan. Plastik. Penuh dengan lakonan. Dan aku tau, sejujurnya, kredit telefon yang mereka-mereka bazirkan untuk mengundi sekian sekian artis (artis ka?) bukan telus pun kiraannya. Jadi, jangan harap dapat undian dari aku!:sombong: *emo lagi*

Selama tiga minggu berturut-turut tidak ada penyingkiran. Bagus lah, sempat IMAM IMAM MUDA tuh tuntut ilmu banyak banyak. Tapi, untuk minggu ke empat ni, tidak ada rezeki untuk IMAM MUDA kelahiran SARAWAK ini. Aha, cuba teka.. Siapa dia...

Ha?! Tidak tahu?:gatau:. Ok lah, aku paham. Kamu tidak tengok rancangan ini kan? Mengaku saja.

Minggu ini, IMAM MUDA yang tersingkir adalah ABE SYARA. Sedikit sebanyak tentang beliau:


NAMA PENUH: SHARAFUDDIN BIN SUAUT
ASAL: MIRI, SARAWAK
TARIKH LAHIR: 01 JULAI 1984
STATUS: BUJANG
PEKERJAAN: GRADUAN UKM
PENDIDIKAN: IJAZAH SARJANA MUDA USULUDDIN DAN FALSAFAH, UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

sumber


Ada empat orang IMAM MUDA yang dapat teguran tadi. IMAM MUDA NURI, IMAM MUDA SYAKIR, IMAM MUDA AZHAR dan IMAM MUDA ABE SYARA. Tapi yang tersingkirnya seorang saja.

Tidak mengapa lah. Aggap saja rezeki tidak ada di situ ya ABE SYARA. Eh eh eh.. Macam la ABE SYARA tu baca blog aku yang hina ni kan? *shy*

p/s:Istighfar banyak banyak. Banyak betul setan ni.

Comments

Popular Posts