.::Anak yang Membuang Masa::.

13072010(Selasa)

Warggghhhhhhh! Tekejut tidak? Tidak? Oh. Tidak mengapalah. Hari ini aktiviti yang aku lakukan hanya lah membuang masa dan tenaga. Memang tidak bagus untuk diamalkan oleh seorang pelajar tahun akhir. (Amin. Sesiapa yang baca, sila kamu tolong aminkan juga.). Aminkan apa? Aminkan aku sebagai pelajar tahun akhir la. Mudah mudahan ini saja la last sem aku. Biarpun pointer tidak seberapa, aku tidak kesah. Janji berakhir semester ini saja. Amin amin amin ya RABBAL al- Amin..

Bangun pagi tadi agak lewat. Bukan agak lagi. Sememangnya lewat. Huh! Plis deh. Bangun bangun tengok member sudah tiada. Beliau pergi test motor. Mahu mabil lesen motor katanya. Bangun, dengar lagu waka waka dan wavin flag, terus aku rindu sama itu WC. Rindu sama bola sepak. Rindu sama kesayangan ku MESUT OEZIL. Makin laku beliau sekarang. Banyak club rebut mahu ambil beliau jadi ahli. Tapi khabarnya, beliau menolak juga. Mahu setia dengan aku *shy* Werder Bremen katanya.

Aku benci betul dengan unibesiti aku ni. Lembab macam siput. Apa? Tidak dapat mendaftar subjek. Biar betul, kamu. Ini pun, portal student di tutup hari ni sehingga pukul 5. Atas sebab apa? Kelembapan tahap mokja. Aku tengok unibesiti lain, ok saja. Geram betul!

Abg aku kol tadi. Sempat kena *bunyi cicak* sebab extend melebih batas. Iya. Salah aku. Aku janji ini lah yang terakhir. Amin. Tolong ya kalian. Aku mohon aminkan. Aku mohon.

Member yang sorang lagi belum datang. Sedang dalam perjalanan maybe. Mudah mudahan saja beliau membawa makanan yang enak dari rumah

Semester ini aku ada 6 subjek. 2 wajib tayang ulang. Semoga saja semuanya berjalan dengan lancar. Ya ALLAH, permudahkan segala urusan ku, dunia dan akhirat.

Terlintas untuk ingin membuat part tym. Sedang mencari. 

p/s:masih ada hutang yang belum berbayar. Bila mahu bayar ni?





Comments

Popular Posts