.::Kebakaran::.

02072010(Jumaat)

Sakit kepala. Semuanya gara gara malang yang menimpa. Semalam, usai isyak. aku terus mengantuk. Tidak tahu kenapa, yang penting kepala terasa berat. Perut terasa senak. Perasaan tidak enak.

Sekitar pukul 8, masih terlalu awal untuk tidur sebenarnya. Sempat si adik merasuah aku untuk tidak tidur, meneman dia membuat tugasan sekolah. Sempat juga aku mengambil kesempatan akibat rasuahnya. Ambilkan kaca mata yang aku tertinggal di bawah, sekaligus ambilkan losyen halia untuk aku sapu di perut yang sakit. Done. Tidak berapa lama, eh eh. Aku pengsan. Haa. Sori dek.

Sekitar pukul 2, aku terbangun. Betul. Perasaan ini tidak enak. Seperti ada yang buruk mahu berlaku. Istighfar banyak banyak. Semoga saja semuanya baik. Sempat tersedar lagi. Sudah kedengaran bacaan al-Quran dari surau yang berdekatan.

Tidak lama selepas itu, aku terdengar suara makcik aku. YA ALLAH. Rumah nenek aku terbakar katanya. MASYA-ALLAH. Tiada fikir fikir. Aku berlari. Terlihat dari jauh api marak. YA ALLAH.. Jantung ini bagai mahu pecah. Suara ku sudah tiada. Neves punya pasal. Tidak sedar bila aku mencapai baldi. Sedar sedar, aku tengah sibuk memadam api. Apa yang mampu aku lakukan. Dibantu dengan jiran jiran terdekat. Kebakaran ini berlaku sedang muazzin laungkan azan. ALLAH HU AKHBAR.

ALHAMDULILLAH. After bertungkus lumus. Berjaya juga api dipadam demi mengelakkan api merebak ke rumah utama. Palis palis. Jauhkan la.. Semoga tiada lagi kecelakan seperti ini yang berlaku. Huh.

Selepas selesai semua, barulah para bomba dan penyelamat celup merasa lemah, letih dan sakit sakit badan. Kasihan betul. Makan bubur pun merasa sangat berselera.

*************************************LOADING TERUS!!!***************************

Dem dem dem. Aku terlalu ingin mengupload pic yang sempat aku snap. Malangnya hintenet ini berkelajuan kura kura yang sakit perut.

p/s:Badan lagi sedang sakit sakit disamping lebam dibeberapa bahagian.:nangis:

Comments

Popular Posts