.::Kejadian Membuang Masa::.

15072010(Khamis)

Pagi yang cerah. Alhamdulillah. Apa juga cabaran, apa juga dugaan, harap aku dan kalian sekalian (Huh, ayat apa ini?) bisa menangani dengan cara yang terhormat, dengan cara yang bijak. Hidup ni, kalau tiada cabaran, memang tidak best la kan?

Semalam, start satu kelas. Dan sepatah haram pun aku tidak paham. Kalkulus Pembolehubah Kompleks. Hii. Abeslah, awal awal bab suda tidak paham. Dr. Aini memang seorang yang laju dan menepati jadual. Hukhukhuk.

Lepas kelas, pergi melihat Eclips. Tolonglah. Aku suka vampire yang oldskul itu. Bella memang perempuan yang tidak malu. Ada minta mahu melakukan hubungan yang intim dengan lelaki yang belum bergelar suaminya. Syukur saja dia minta dengan lelaki yang budiman. Kalau dia minta dengan lelaki malaysia yang kurang budiman? Ha. Sambung sendiri. Jangan ada yang marah. Aku menulis berdasarkan kejadian kejadian benar yang berlaku disekeliling aku ok.

ini, ini la Bella
 

Bella ini rebutan dua jejaka yang aneh. Satu sangat sejuk dan satu lagi dapat memberi kehangatan. Kuikui. Apakah?


Comments

Popular Posts