Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, July 14, 2010

.::Semangat Sket!::.

14072010(Rabu)

Alhamdulillah. Bangun pagi ini sedikit terasa lain. Lebih semangat. Tidak lah seperti semalam yang blur blur blur memikirkan masa depan. Hari ini, sudah ada rancangan untuk dilakukan sepanjang hari. Dalam jadual pengkuliahan menunjukkan aku akan ada kelas pukul 10 pagi ni. Kalkulus. Uff, ini subjek a, very the tough u know. Semoga saja aku dapat melepasi semester ini dengan keputusan yang baik. Amin.

Selepas kelas, mahu menyerahkan tudung kepada yang empunya. Siapa lagi kalau bukan Datin Sri Suzelawati. Beliau ini adalah lecturer aku. Sempat kirim tudung ke aku masa aku pergi semenanjung tempohari. Percaya dengan taste aku konon. Haha. Sila jangan menyesal nanti ya datin sri. Eh eh eh, beliau bukan juga datin sri betul betul. Saja i buat panggilan sebegitu memandangkan beliau memanggil aku sebagai datin. Hii.. Segan, tahu.

Selebihnya, aku mahu menguruskan mengenai pendaftaran yang tidak selesai selesai hingga kini. Oh. Kenapakah kadar kelidudan unibesiti aku ni melampaui paras beku? Sangat lembab. Untill now semua pelajar pun tidak dapat mendaftar.

O ya, aku juga akan pergi membeli barang keperluan. KEPERLUAN. Bukan KEMAHUAN. Ya ALLAH, tolong tanamkan sifat berjimat cermat di dalam diri aku. Amin.

p/s: Semoga saja hari ini adalah lebih baik dari hari semalam.  



2 comments:

deatH_luVer said...

waaaaaaaa..bila datang semenanjung neh!!!!
tak cakap pon~

|| A r a W a n i || said...

ahha..
kejadian ke semenanjung berlaku bulan 5 tempohari la dear..
pergi sekejap saja..
sila kamu jangan merajuk ok~~