.::Ampunkan Dosa Dosa ku ya ALLAH.. I::.

290812010 (Ahad)

Assalamualaikum dan salam sejahtera (Haih, teringat zaman sekolah dulu. Inilah permulaan untuk sebuah pengumuman. Guna kekuatan suara sendiri ya. Tiada mike atau pembesar suara.)

Barusan, aku blogwalking disebuah blog yang ALHAMDULILLAH. Ya ALLAH, besar sungguh nilai info yang dikongsikan oleh pemblog (Pemblog ya, bukan goblok. Awas kamu!) tersebut. Siapa tidak kenal dengan LADY GAGA. Perempuan pelik yang berpakaian aneh dan berperangai weird. Awal kemunculannya, aku tidak pernah hiraukan. Betul ni. Poker face? Ah. Dengar juga, tapi bukan sampai mendownload segala. Betul ni. Ada dalam laptop aku pun secara kebetulan. Tapi, sudah ku delete. Aku delete sebelum aku baca benda yang bakal aku tunjukkan ke kamuorang semua selepas ini.

Namun, aku akui, aku jadi jatuh minat bila dengar lagu ALEJANDRO tu. Serius minat! Astaghfirullah.. Ok la Kawan kawan. Siapa yang pernah minat, sedang minat dan tersangat minat dengan ini perempuan. Mari kita sama sama bersyahadah semula. Untuk apa? Oklah, kamu baca saja lah ini.

Assalamualaikum...! Semoga apa yang nak saya sampaikan hari ini dapat memberi sedikit manfaat kepada semua khususnya kepada peminat peminat Lady Gaga~ Insya-Allah..
Apa? Lady GaGa? siapa tak kenal kan~ dah cukup famous dah dengan fesyen pelik3, dan video pelik3 dan lucah3 ~ Baru-baru ni terdetik untuk menyiasat perkembangan baru cik Gaga~ mesti ada yang dah tahu tentang Lady Gaga dan hubungan dia ngan illuminati kan? Rupanya video untuk lagu Alejandro iaitu lagu baru dia dah release~ Banyak kontroversi tentang video ni~ Time nak tengok tu macam ragu-ragu jugak. Ya lah video cik Gaga ni sudah pasti banyak unsur-unsur lucah~ Tapi oleh sebab nak mengkaji apa yang ada dalam vid dia kali ni jadi saya play jugak video dia~ Jadi seperti yang dijangkakan~ Banyak benda yang dapat dilihat dalam video yang membuktikan yang dia memang Illuminati puppet. Ramai lagi artis Hollywood pun sama tapi dia yang paling berpengaruh so far~

Video yang mencapai 70 juta viewer tak lama lagi kali ni lebih berani dan mengandungi banyak simbolik. Saya akan cuba explain dari apa yang saya dah dapat tahu di satu web. Rasanya ramai jugak yang dah tahu cik Gaga adalah salah satu artis dibawah naungan illuminati.
Bagi mereka yang tak tahu apa itu illuminati boleh lak ke web nihttp://mistisfiles.blogspot.com/ dan tengok dekat belah kanan cari Jentera Al-Masih Ad-Dajjal .. Ada complete explaination tentang Illuminati and Freemason juga Lepas dah faham boleh teruskan baca apa yang nak saya explain lepas ni ..

Dalam video terbaru dia .Ada sesuatu yang cuba disampaikan .Ada jalan cerita yang tersembunyi disebalik lagu yang dinyanyikan. Kalau hanya dengar lagu, mungkin tak banyak yang kita boleh tahu. Kita akan mula analisa dari permulaan video lagu Alejandro-lady gaga hingga habis. Ini adalah jalan cerita berdasarkan video. jangan hanya baca buka mata tapi baca buka minda.


Video dimulakan dengan lelaki membuat beberapa formasi dan beberapa dari mereka kepala mereka ditutup dengan sarung, mungkin mengisyaratkan bahawa itu adalah orang-orang tahanan dari beberapa macam. Salah satu lelaki adalah dalam bentuk piramid sementara yang lain memegang hexagram sebagai tahanan berbaris.

"I know that we are young.And I know you may love me. but I just can't be with you like this anymore, Alejandro."



Selepas tu diteruskan dengan proses pemakaman. Perarakan membawa keranda yang kita dapat nampak Cik Gaga kat depan tu mengenakan jubah hitam dan membawa Sacred Heart(Hati Kudus). Sacred Heart ni adalah pendarahan hati Tuhan untuk umat manusia (dalam kepercayaan kristian). Kenapa kata Sacred Heart? Tengok gambar bawah.. Hati yang Lady Gaga pegang tu ada bukan hati biasa biasa, tapi ada paku dan dawai yang di lilit-lilit(simbolik) yang sama macam Sacred Heart of Jesus(merujuk kepada hati Jesus).. Google untuk baca lebih lagi ..


"But I just can't be with you like this anymore, Alejandro." Siapa Alejandro? Seorang lelaki yang dia tak boleh bersama ke? And then dia curang dengan Roberto dan Fernando? (berdasarkan lirik). Jawapannya tak.. Alejandro bukan seorang lelaki. kalau dengar lagu tanpa tengok video mungkin takkan faham. Gambaran video ni mengatakan bahawa Alejandro mungkin membawa maksud sesuatu yang lebih mendalam.. Jadi kalau bukan manusia. Apa dan siapa Alejandro?


Kemudian Gaga ni dipaparkan dalam kedudukan berkuasa, memakai mahkota hitam sambil melihat tahanan melakukan persembahan untuknya. Gaga kemudian mengalihkan satu goggle. Sekaligus mempamerkan simbol illuminati - TheAll-Seeing Eye (bukan sekali tapi banyak kali) untuk mendedahkan sifat sejati dari kekuatannya.


Selepas itu ada sebuah adegan simbolik lagi,seorang tentera dipaparkan dipasang ke string,seperti boneka. Yang jelas menunjukkan yang ada seseorang 'control' dia. Atau senang kita guna istilah dia adalah 'mind-control slave' .Dia tidak boleh mengawal pergerakan sendiri.. Dan memegang senjata di kemaluannya. Wajah dia nampak kosong, nampak bingung betul-betul seperti seorang hamba yang di-control segala pergerakannya - oleh Gaga si illuminatist tak guna.


Dalam adegan selanjutnya, Gaga sedang berbaring, memakai red latex suit yang untuk biarawati tu (kristian) dan memegang tasbih. Okey jadi boleh nampak kan.. Waktu scene ni gaga pandang ke langit dan menyanyi part : "Stop,please, just let me go, Alejandro". Sebaik saja diasebut "Alejandro" gaga mengangkat dua tangannya kelangit. Jadi dalam ni kita boleh nampak dengan jelas nampak yang Alejandro merujuk kepada tuhan bukan manusia.

"She hides true loveEn su bolsillo. She's got a halo 'round her finger, Around you."
Maksud lirik ni pulak. A halo' bermaksud ai dianggap "suci"(holy). Around her finger(cincin kawin) merupakan penyatuan Gaga dengan tuhan melalui agama, tapi dia sekarang malu dengan pernikahan ini kerana suaminya telah mati. Jadi dia menyembunyikan cincin itu di bolsillo nya, bosillo dalam Sepanyol yang bermaksud poket dan mula menyalahkan tuhan..

Selepas sahaja lirik tu... Konsep penolakan (rejection) ditujukan kepada Tuhan bermula.. kerana Tuhan nampaknya tidak memenuhi keperluan rohani Gaga. Dia kemudian memutuskan untuk mencari ketuhanan diri. Dengan memeluk satu spirituality yang baru. Dalam video ni lebih menunjukkan yang Gaga telah bertukar dari biarawati menjadi paderi Luciferian(Syaitan). Kenapa kata jadi paderi Syaitan?

Saya kata paderi syaitan sebab tengok jelah jubah Gaga di atas.. Ada banyak simbol salib terbalik. Ni menunjukkan bahasa simbol yang membawa maksud yang jelas. Kita tahu salib adalah simbol keimanan bagi agama Kristian kerana mewakili pengorbanan Jesus & kebangkitan. Dalam Kristian, salib terbalik dikenali sebagai "Cross OfSt.Peter", untuk menghormati Simon Peter yang diminta untuk disalibkan terbalik kerana dia merasa tidak sesuai untuk dihukum mati dalam hal yang sama seperti Kristian lain. Tapi dalam kalangan bukan-Kristian, salib terbalik merupakan simbol penyelewengan dan sesuatu yang membawa kuasa negatif kerana simbol terbalik selalu ditemui dalam ilmu hitam dan Satanisme iaitu pemujaan syaitan..





(Salib terbalik dan pentagram terbalik adalah simbol yang selalu digunakan untuk berhubung dengan syaitan. Untuk memuja dan menyeru syaitan ..)


"In symbolism, an inverted figure always signifies a perverted power (...) Black magic is not a fundamental art; it is the misuse of an art. therefore it has no symbols of its own. It marely takes the emblematic figures of whitemagic, and by inverting and reversing them signifies that is left-handed."- Manly P.hall


Waktu ni lirik ni yang dinyanyikan menunjukkan gaga tidak mahu diganggu oleh tuhan.Dont bother me, Dont bother me,Alenjandro (merujuk kepada tuhan) Don't call my name , Don't call my name, Bye fernando.. I'm not you're babe , I'm not you're babe, Alejandro (tuhan)Salib terbalik (simbol syaitan) ditempatkan pada kedua bahu gaga, menjadi simbol tiang. Dilapiskan dan digabungkan dengan simbol terbalik di alat kelaminnya. Diangkat oleh sekumpulan lelaki dalam satu bulatan .Mengangkat seperti mengagungkan Gaga,menyambut kedatangan Gaga ke dalam kumpulan mereka.


sebaik sahaja lepas tu menunjukkan Gaga memasukkan tasbih ke dalam mulutnya .Tasbih adalah serangkaian manik-manik yang digunakan dalam tradisi Katolik untuk berdoa dan meditasi. Dalam Islam sendiri ada tasbih.. Jadi dengaan menelan tasbih, Gaga menggabungkan dalam dirinya simbol ketaatan dalam agama dan juga bermaksud cara Gaga untuk mendapatkan Ketuhanan dengan cara sendiri. Dia ingin mencapai keilahian dengan satu cara sendiri. Itu adalah prinsip aktif Lucifer. Jelas menunjukkan yang Gaga bukan menyembah tuhan tetapi Lucifer..



I'm not your babe I'm not your babe, Fernando
Waktumenyebut perkataan Fernando, Gaga membuat simbol tangan macam tu(yang jelas merujuk kepada Jesus). Itu adalah tanda berkat bagi ajaran Kristian, Katolik kepada mereka yang dianggap Suci. Janganlah ingat Gaga tu buat simbol tu suka-suka. Sebab semua simbol membawa makna yang tersendiri .Kita yang kena solve apa makna dia..


Dapat tengok kan kat belakang Gaga ada salib.. Gaga dah menghina kristian cukup banyak dalam video dia. Gaga menyanyi sambil memandang ke atas dan kemudian dia mengulang-ulang lirik : " Don't call my name,Don't call my Name Bye Fernando (Jesus) "


Dan di akhir video ..Ditunjukkan Gaga dilampirkan bersama string.. Pada mulanya Gaga control lelaki tu dan akhir video ditunjukkan Gaga pula di-control.. Oleh siapa? Fikir-fikirkan lah siapa yang control cik Gaga ni .Siapa dalang disebalik semua ni? Siapa ketua? Anda mampu cari jawapannya kan? Insya-Allah pasti ..

Sebagaimana disebutkan di atas, video Alejandro sangat kompleks dan simbolik, dan sesuai untuk multitafsir. Boleh jadi macam-macam.. bergantung pada pengetahuan si pemerhati dan sudut pandangan masing-masing. Namun demikian, rasanya bahagian-bahagian video Alejandro dalam ni jelas dan tak perlu banyak teka teki macam video Telephone dan Bad Romancae. Jadi apa yang gaga nak sampaikan dari video nya? Dalam ni gaga menolak iman Kristian juga mengotori simbol dan menunjukkan yang ada satu kuasa spiritual lain. Hmm lepas ni apa ? Jangan usik agama orang lain, sudah lah~





atau, kalau nak, bagi saya email, saya just send html full code~ so, you all just masukkkan je dalam new post korang~

Apa macam? Baru kita tahu siapa dia kan? Kalau hari ini dia menghina anutan kaum lain, tidak mustahil. Aku ulang ini ya. Tidak mustahil masa akan datang akan dihinanya pula agama suci kita ini, yakni ISLAM. Mintak dijauhkan. Na'uzubillah min zalikh.

Mari, mari kita sama sama perbaiki diri, mari kita sama sama perbetulkan hati. Yang berlalu biarkan berlalu. Mintak ALLAH ampunkan dosa dosa lalu. Diri kita khasnya, kaum keluarga, sahabat handai dan seluruh umat islam umumnya.

Ya ALLAH, jangan KAU pesongkan hati hati kami setelah KAU berikan kami jalan yang benar. Amin ya RABB..
Sumber.

Yang tersangat Heklas
AraWani

Comments

tqa said…
sy baca post ni jgk bebrapa hari lepas. then tgk clip dia, mengigil seram jugak. huhuhu.

cuba kak ara tgk v.clip dewa 19.
tajuk lagu: satu
dgr cerita kes yg sama jugak. huhu

wallahualam.
oh. penah jugak kakak tebaca pasal dewa 19 tu.
tapi kebanyakkan fokus dengan c dani.
asal usul keturunannya ada kaitan mcm yahudi la lebih kurang.
sila google untuk maklumat lebih lanjut ya nak..
hihihi..

Popular Posts