.::Be Gentleman la Man (Bukan nama orang)::.

21082010 (Sabtu)

Alhamdulillah. Still dapat bernafas, merasai nikmat ramadhan. Sudah masuk hari ke 2 untuk fasa kedua ni. Allah janji untuk kita, orang orang islam, fasa kedua Ramadhan ni, DIA bagi keampunan. Maka, sangat rugilah kalau kita tidak meminta. Meminta keampunan dari ALLAH. Ialah, kita ini manusia. Memang tidak lari dari melakukan dosa, membuat khilaf. As hamba, apa yang mampu, kita memohon keampunan dari ALLAH, dan paling penting, menjauhi larangannya.

Semalam di surau, ada sedikit tazkirah. Disampaikan oleh student UMS juga. Berkaitan kapel. Semestinya topik yang paling terkena kalau dengan student ni. Yalah, tengah darah muda, kalau bercinta, memang bergelora. Pegang sini, pegang sana. Seperti tidak tahu dosa pahala. Menjengkelkan. Lebih lebih lagi kalau si dara bertudung. Tidak manis. Tidak manis dipandang. Tiada kebaikan pun, berpegang sana sini, bertepuk tampar mesra. Apa yang dapat? Tiada bukan.

Aku setuju dengan pendapat si pemberi tazkirah. Kalau sudah sampai tahap bercinta bagai nak rak, kawin saja. Si teruna, apa lagi. Be gentleman bak kata imam semalam. Pergi minta izin dengan bapa si gadis. Ini tidak, bawa anak dara orang (kalau masih ada dara la.. Hihi..) sana sini. Tapi tidak mahu nikah. Bukankah yang halal itu lebih baik dari yang haram? Tiada orang mahu kata. Sudah memang jadi hak kamu.

Cuma hanya mampu berdoa. Semoga aku dan keluargaku dijauhkan dari perbuatan sebegini. Semoga aku dan sahabt sahabatku dilindungi dengan perkara aib yang menjatuhkan maruah diri. Amin.

p/s:tolonglah jaga kelakuan. Lebih lebih lagi di bulan Ramadhan.


Comments

Popular Posts