.::La Tahzan::.

20082010 (Jumaat)

La Tahzan wahai insan.
Kuatkan hati, kuatkan perasaan.
Apa juga cubaan, apa juga cabaran.
Hadapilah dengan kekuatan.
Hadapilah dengan senyuman.
InsyaALLAH peroleh kebahagiaan.

La Tahzan wahai teman,
Jangan bersedih kerana tertimpa kesulitan.
Jangan bermurung kerana diamuk kepayahan.
Justeru bersyukurlah.
Kerana dengan ujian tandanya perhatian.
Perhatian Yang Maha Esa kepada hambaNYA yang beriman.
Alhamdulillah. Alhamdulillah. Alhamdulillah.

La Tahzan wahai hati.
Biarkan kepayahan pergi sendiri.
Usah dilayan karenah diri.
Masih, masih terlalu banyak nikmat ALLAH yang perlu disyukuri.
Kerana bila terfikirkan dunia realiti.
Bersyukurlah wahai ukhti,
Kita lebih beruntung serba serbi,
Dari Palestinian yang dirampas negeri,
Dari OKU yang tiada kaki,
Dari si fakir yang berlapar sendiri.

La Tahzan wahai kawan.
Berfikirlah, dan syukurilah.
Nikmat ALLAH tiada terhingga.
Nikmat beriman dan nikmat beragama.
Nikmat kesihatan dan nikmat kehidupan.
Tahukah kalian, ujian itu juga adalah kenikmatan?
Kerana dengan ujian, wujudnya keinsafan.
Kerana dengan ujian, timbulnya kekuatan.
Kerana dengan ujian, luruhnya kelalaian.
Alhamdulillah.
Alhamdulillah dengan adanya dugaan.

Maka kawan kawan..
Jangan kita terlalu taksub dengan keduniaan.
Bersederhanalah dengan setiap perbuatan.
Lengkapkan diri dengan persiapan.
Persiapan untuk bertemu Sang Tuhan.

Maka Ya RABB..
Didiklah hati hati kami dengan keimanan.
Jauhkan lah kami dari kekufuran.
Jangan KAU biarkan kami dengan kelalaian.
Jangan KAU biarkan kami walaupun sekejapan.

Ya ALLAH ya TUHAN kami,
Kuatkanlah hati hati kami.
Jadikanlah kami hamba hambaMU yang sentiasa bersabar dengan apa juga dugaan.
Hidupkan kami dalam redha ya ALLAH.
Tetapkanlah pendirian kami.
Pelihara la agama kami.
Semoga dengan apa jua ujian MU ya RABB..
InsyaALLAH kami akan tabah menghadapi.
Amin.

p/s: La Tahzan. Untuk kamu kamu dan diri sendiri.




Comments

Popular Posts