.::Entry tentang Raya::.

20092010 (Isnin)

Salam Alaikh.. Ehehehe.. Supposely, hari ini aku sudah start perkuliahan. Tapi. Aku masih di rumah. Kenapa ya? Kenapa aku masih di rumah? Salahkan tambang flyte yang mahal mahal itu. Cuma tambang yang hari ini murah. Itu pun flyte last of the day. Malam ini, akan berangkat pulang ke tempat yang mana harus aku menuntut ilmu kebatinan. Sabar, cuma tinggal beberapa bulan untuk ku habisi satu semester ini.

Bila blogwalking ke blog rakan rakan yang laen, semuanya buzy cerita tentang raya. Raya raya raya! Datangnya cuma setahun sekali. Ntah tahun depan akan ketemu lagi. Mungki iya, mungki juga tidak. Mungkin saja, syawal tahun ini merupakan syawal yang terakhir. Iya, mungkin.

Alhamdulillah. Masih aku berjodohan dengan syawal kali ini. Ku kira, lebaran kali ini merupakan lebaran yang paling meriah buat aku. Mungkin saja, meriah untuk ahli keluargaku juga. Manakan tidak, semuanya, dari pelosok dunia mana pun, pulang ke rumah. Berkumpul bersama sama. Walaupun, keluarga ku ini tidak seperfect mana mana keluarga lain, tapi bila begini, berkumpul beramai ramai. Bahagia itu, ALLAH saja yang tahu. Syukur, Alhamdulillah. Walaupun. Iya, walaupun, raya tahun ini, tanpa si dia. Rayaku tahun ini sebagai si single yang bergaya. Hahaha. Ok bye!

Tapinya. Haha. Tapinya, setiap pertemuan itu, pasti ada perpisahan. Sejak sabtu lalu, drama tangis tangisan memang tidak dapat di elakkan bila kejadian menghantar orang di airport dan juga stesen bas berlaku. Sabtu lalu, kakakku yang sulung pulang ke KL. Ah sudah.. Start berlaku tangis tangisan di situ. Pastu, hari Ahad pula, hantar si abang dan adik pulang ke tempat masing masing. Drama masih berlaku. Biarlah. Bukan selalu. Tanda kasih sayang sesama anak beranak juga.

Selebihnya, syawalku memang havoc. Mungkin aku patut show saja gambar gambarnya. Biar gambar saja berbicara. Tapi, mungkin nanti. Bila internetnya sudah laju. Kali ini, tidak dapat. Internet berkelajuan siput sedut.

Sekian.





Yang tersangat Heklas

Comments

Popular Posts