.::Heyh Lelaki, Kenapa Kau Bernafsu Pelik?!::.

25092010 (Sabtu)

Salam Alaikh!

Usai membuat sedikit nota kaki untuk subjek OOP, aku melayan karenah ketua rumah. Hahaha. Ketua rumah kami ni kecil saja. Heh!? Ada kah? Ada kami tanya? (Kata si busuk hati di hujung sana.) Yalah yalah, ini hanya sebagai ayat mukaddimah. Cis! Kecoh la lu der..( Kata kau aku di dalam hati). Hendak ke BTN kata si ketua rumah yang kecil. Ada program. Oh, ok.

Entry ini tertaip bila mana aku terbaca di blog informasi, DUNIA CACAMARBA.
Haish, asyik blog ini saja jadi rujukan. Tidak berkembang langsung! Tapi, tidak mengapalah, asal boleh berkongsi kisah.

Eh. Sebenarnya, entry ini aku terasa mahu marah. Pasal apa? Pasal lelaki ini lah!

MAT TETEK!

PAPP!! Biadap!

Seorang remaja yang digelar "MAT TETEK" berjaya diberkas polis selepas salah seorang mangsanya dapat mengecam nombor pendaftaran motosikalnya. Remaja berusia 17 tahun itu telah dilaporkan mencabul beberapa orang wanita. Kesemua mangsa diraba di bahagian dada sebelum suspek memecut motosikalnya. Selain meraba, suspek juga dilaporkan menunjukkan kemaluannya kepada mangsa. Macam-macam! Saya petik:


[TS] MUAR: A teenager nicknamed Mat Tetek who went around harassing women by squeezing their breasts and even flashing his private parts has been arrested.

The 17-year-old youth, who came from Kluang to live with his elder sister in Kampung Parit Yusof here, was detained after police tracked the motorcycle he used to terrorise his victims.

Muar police chief Asst Comm Mohammed Nasir Ramli said the youth first molested a 22-year-old woman motorcyclist near a petrol kiosk in Parit Jawa on Wednesday.

He said the youth approached the woman and when she slowed down, he touched her breasts and sped off when she shouted.

The woman managed to note down the motorcycle registration number and passed the information to the police.

“On Thursday, the youth terrorised four more women, including one near a bus stop by squeezing their breasts,” ACP Mohammed Nasir told reporters here yesterday.

He said the youth even flashed his private parts at a 49-year-old woman at about 7.15am.

He said the youth also snatched a handbag from one of the victims, adding that police detained him at his sister’s house at about 8.50pm on Thursday. - Hamdan Raja Abdullah
 Sumber <--Klik sini. Kamu akan terlihat sekali video keganasan sespesis lelaki bernafsu pelik ini. Ha, laju la mengkelik tuh!

Rupanya, ramai juga lelaki bernafsu pelik ini yang wujud di muka bumi. Bahkan, pernah wujud di kampus aku. Apa? Kampus mana? Biarlah rahsia. Hahahahahaha....!

Memang durjana. Biasalah, bila di kampus, kejadian berebut bas pasti akan berlaku. Baris? Mahap. Kamu berbaris lah. InsyaALLAH, kelas sudah habis pun kamu akan masih berbaris di sana. Sambung cerita, bila sudah berebut rebut mahu naik bas, masa beginilah si durjana ambil peluang. Yang hairannya, gadis pilihan untuk si durjana ini adalah yang bermuka lembut (dalam bahasa kasar, muka senang kena buli), bertudung litup menutup dada (tangan yang dia masukkan kesebalik tudung tidak dinampak orang). Heyh, bila teringat balik kejadian yang menimpa member aku, rasa macam mahu lempang saja muka si lelaki durjana itu! Bukan sekali dua kejadian begini berlaku pada masa itu. Heboh satu kampus.

Memang la kan? Memang ALLAH menciptakan perempuan itu dengan sembilan nafsu dan satu akal tetapi sebaliknya untuk lelaki yang ALLAH ciptakan dengan sembilan akal satu nafsu. Bukan untuk merendah rendahkan kita, kaum hawa, malah ALLAH angkat darjah kita dengan penciptaan sedemikan rupa.

Suatu hari Hasan Al-Basri bersama dua orang sahabatnya bertandang ke rumah Rabi’ah Adawiyyah dengan tujuan meminangnya untuk salah seorang daripada mereka. Rabi’ahAdawiyah menyambut hasrat mereka itu dengan baik, tetapi dengan syarat mereka mestilah dapat menjawab soalan yang dikemukakan olehnya. Rabi’ah bertanya: “Berapa banyakkah nafsu lelaki dan berapa pula nafsu perempuan?” Lantas Hasan Basri menjawab: “Nafsu lelaki hanya satu, manakala nafsu perempuan sebanyak sembilan nafsu.” Lalu Rabi’ah pun menyambut jawapan itu dengan katanya: “Jika benar demikian, kenapa kamu yang bernafsu satu tidak mampu menahannya sedangkan aku yang mempunyai sembilan nafsu sanggup berbuat demikian?” Mendengar jawapan paku buah keras itu, Hasan Basri pun berlalu pergi bersama sahabatnya sambil menangis sehingga membasahi janggut mereka.

 ALLAH maha menguasai, ALLAH maha mengetahui. Memang nafsunya hawa ada sembilan dalam diri. Tapi nafsu yang sembilan ini telah terpecahkan serba serbi. Nafsu mahu begitu mahu begini.

Berbeza dengan adam. Memang nafsunya satu, akalnya sembilan. Tapi yang satu itu... MasyaALLAH. *geleng geleng*
Terarahnya hanya kepada tutt... tuttt.. tutt.. *cencored*
Heyh, aku gadis pemalu. Jangan paksa aku keluarkan ayat ayat sebegitu. Ehehehe...*shy*

Notasiku: Tips memilih lelaki untuk dijadikan suami. Carilah yang menjaga tangan dan kaki. Bukan penyentuh sebarang wanita ajnabi.

Yang tersangat Heklas

Comments

Sophon said…
Metro memang gitu stail laporan dia.. Dia kasi nama pelik pelik pada orang. Mat Tetek la, Gagak hitam lah, geng parang la..

Metro guna ayat 'hanya dikenali sebagai mat tetek', padahal dia sendiri kasi gelaran tu. Nak tarik pembaca. nak sensasi cerita.
sophon2..
tidak kira la nama apa pun, tapi perangan lelaki tersebut memang melampau batas batas kemanusiaan..

ish ish ish..

Popular Posts