.::Kejadian Yang Patut Disyukuri::.

28092010 (Selasa)

Salam Alaikh.

"Semuanya depend on effort kamu juga. Kalau macam ni keadaannya.."

"Ok ok. Saya faham puan" Sambil angguk laju laju.

Kelas tamat selepas aku janji mahu membaca. Membaca buku yang banyak aksara. Arggh! Letih. Cepat cepat merenung kekurang diri. *Istighfar*
Benda sudah jadi. Tidak guna menyesal lagi dan lagi. Tapi selepas ketika, perkara berulang kembali. Cait! Dasar manusia kurang kesedaran diri. Asyik mahu sentiasa diingati dengan kejadian kejadian seperti tadi. Heyh, pujuk la diri. Bila mana aku mati dalam keadaan begini, (mati kerana menuntut ilmu) kan janjinya ALLAH itu pasti? InsyaALLAH beroleh syurga. Syurga nan kekal abadi.

Kejadian apa? Biarlah hanya ALLAH, aku dan pensyarah yang tahu. Bahahaah...!

Oh. Syukur ALHAMDULILLAH.
Baru tadi dapat mesej dari adik di kampung. Adik bagitahu, kami semua dapat adik baru. Kazen. Heh, sudah tua tua begini masih menerima adik baru. Ah. Tidak kira lah. Datangnya mereka membawa rahmat dan pengalaman baru buat makcik and pakcik haku. Ehem! Maybe pengalaman untuk aku jugak kot. Boleh timba ilmu untuk menghadapi pengalaman menjadi ibu. Thihihihihihi....*sengih* Tapi, masalahnya, aku jaoh. Jaoh dari mereka. Tsk Tsk!

Dush! Dush! Gatal! Hentikan berangan.

"Salam, apa kabar? Alhamdulillah, ur aunty selamat suda melahirkan. Dia mintak ur opinion for spelling name Alif Asyraf"-msg by suami kepada makcik i.

*kembang hati*

See? Bangga der.. Bila diberi penghormatan seperti ini.

Pantas saja aku menjawab.

"A-H-M-A-D  H-A-Z-R-A-N"

Bahahaha...!
Ok, aku tipu. Laju tangan ku mencari maksud nama.

Alif-Teman rapat
Asyraaf-Yang Mulia

Alif Asyraaf  - Teman rapat yang mulia.

Laju laju jari jemari menekan keypad.

"Wslm, Alhamdulillah, sehat saja. Tahniah pokcik, dpt baby boy. Eja gini sja lah. 'Alif 'Asyraaf

Pergh! Chantek..

p/s:Nanti ada anak mahu bagi nama apa ya? Ngahahahaahah...



Yang tersangat Heklas
AraWani

Comments

Popular Posts