.::Putus Cinta itu, Sakitkan?::.

21092010 (Selasa)

Assalamualaikum!

Hins hins hins (sedang membau bau busuk yang menular di dalam ruangan rehat).

Alhamdulillah. Aku kini di rumah tumpangan. Yalah, aku ni setinggan. Menumpang di rumah sahabat yang sudi. Haha. Ok,start mengarut. Bye!

Entry kali ni sebenarnya aku mahu berkongsi. Tentang sakitnya putus cinta. Umur umur sekitar 23 an ke atas mesti punya ada pengalaman putus putus cinta kan? Tidak kira la kalau kamu rasa itu cinta sejati kamu atau sekadar cinta monyet saja. Tapi pengalaman itu pasti ada kan? Sakit tidak? (PANG! Sendiri tampar diri sendiri gara gara menanya soalan sedikit bengong)

Kalau kita sayang dia, jawapannya mestilah sakit. Tapi kalau kita tidak seberapa sayang dia. Pasti sakitnya juga tidak seberapa. Mengikut pengalaman, cis! Malu pula berakata begini. Sakit memang sakit. Ialah, banyak betul mimpi mimpi indah yang dimimpikan bila nanti hidup bersama dengan si dia. Tapi last last, semuanya itu hanya kekal mimpi. Kenyataan jauh sekali. Sakit ok. Sangat sakit!

Bukan tidak ada orang yang cetek akal menamatkan riwayat gara gara ditinggalkan oleh si pemilik hati. Berapa ramai orang yang memonumenkan monumen bila si dia yang di cinta pergi bertemu Sang Pencipta bak Shah Jahan tu la. Kalau tidak tahu siapa Shah Jahan, cuba tanya adek adek yang mahu mengambil UPSR hari ini. Ha, berapa ramai? Ramai ok..

Ha! Ni lah Shah Jehan buat mengenangkan Mumtaznya.
 
Yalah, perasaan cinta dan dicintai itu sangat best. Bak ada satu kata pujangga aku pernah terbaca, perasaan mencinta dan dicintai itu adalah salah satu nikmat syurga di dunia. Punya la best kan? Itu baru di dunia, belum lagi kalau dapat nikmat di syurga betul betul......^_^

Itu kalau perasaan cinta itu sedang mekar. Tapi, kalau cinta itu terhenti di tengah jalan? Sakitnya, TUHAN saja yang tahu. Kalau tiada pertimbangan, kurang kesabaran. Memang terpesong jauh jadinya. Na'uzubillah. Jauhkanlah. Palis palis.

Bila putus cinta, aku lebih senang mencari kawan. Tapi kadang, aku lebih suka bersendiri. Ditemani buku buku Dr. Tuah. Ditemani mp3. Bukan mendengar lagu syahdu, cintan cintun. Tapi dengar suara Dr. Fadzilah Kamsah. Hahahahahah! Lawak ka? Putus cinta dengar suara Dr Fadzilah. Yalah. Tengah cuba membina kekuatan diri. Takut takut terlalu ikut hati. Ikut hati, kompom mati.

Bila fikir fikir balik. Memang ada hikmahnya ALLAH jadikan sesuatu kejadian tu. Yalah. Bila ALLAH turunkan ujian, memang maknanya ALLAH sayangkan kita. Bila ALLAH turunkan ujian, ALLAH mahu kita kembali ke jalanNYA. Tengah susah, hati tengah gundah, memang tiada tempat pengaduan yang paling best selain dengan DIA. ALLAH tepuk kita, supaya jangan terlalu leka. Maybe, time tengah bercinta tu, terlalu jauh ALLAH kita tinggalkan. Syukurlah. Memang ujian itu satu nikmat. (Sendiri rasa termotivasi dengan ayat ayat sendiri. Haha!)

Lagipun, bila fikir balik. Tidak mati pun kalau perginya si dia. Orang cakap, kalau betul kita cinta seseorang tu, lepaskan dia. Kalau dengan berpisah dengan kita beri dia lagi kebahagiaan, itu sudah cukup membahagiakan kita. Betul tidak? Ya betullah! (Suka sendiri jawab. Ngahahahaha..!)

Cukuplah. Jangan berlama lama sangat tangisi kepergian si dia. Jangan terlalu lama bersedih atas kegagalan sesuatu perhubungan. Betul juga kata bekas kekasih hati aku. 'Hidup ini bukan untuk mahu bercinta saja. Banyak lagi benda lain yang perlu difikirkan untuk terus hidup'. Begitu la lebih kurang. Ahahaha. Ayat ni dia bagi setahun lalu. Kalau aku merajuk mengada ngada mahu asik bermesej dengan dia. Yalah, cinta jarak jauh. Aku pun belum seberapa matang time tuh. Asik mahu bermesej saja. Hahahaha.....!

Lagipun, kalau memang antara kita dan dia berjodohan. Pergilah sejauh mana pun, berpisahlah selama mana pun, pasti dia milik kita juga akhirnya. Kalau tidak berjodohan? Bercinta la kau betahun tahunan. Pasti akan terpisah juga. Hahahahahahahah..........<--- ntah hapa motip tiba tiba ketawa besar.

Oh ya, kepada adek adek yang ber'UPSR' hari ini. Selamat menajwab di ucapkan. Especially untuk my adek bongsu, Pila and beloved kazen kazen, Bella n Mizi. Semoga kejayaan milik kalian.



Yang tersangat Heklas
AraWani

Comments

InaYusoff said…
dear..
betul tuh..
putus cinta memang menyakitkan...
tapi kita perlu teruskan hidOp kan...

hati ku yang keceper ini pon ku tak nak layan sangat...

terlalu sakit kalau dikenang..
so kutakmoh kenang2 lagi...

teruskan hidOp dengan senyuman adalah lagi bagosh dari tangisi hati yang terluka.....
yeah bebeh..
biarlah..
mungkin ALLAH nak temukan kita dengan sum1 better..
isnt?
Pencari Hati said…
kepada dua-dua akakku,
jangan di layan sedeh tu..
kan ai ader..
korang dua jer jual mahal
eazlye said…
hahaha..
adekah memperli diriku ini??
neway thx lots..
walaupon xmembantu sgt..
tp leh lar uat otak nih berpikir ngn agak baik kot...
to shinchan;
Shinchan, jangan nakal ye dek..

Eazlye;
Awak, xperli pong. Nih untuk diri i jugak. memandangkan hati tengah keceper. Baguih dok ado la kalo membantu even sket jek. ngehehehe. bak doposen!
eazlye said…
nah amik 2posen..thx 4 sharin...

Popular Posts