Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Wednesday, November 3, 2010

.::Sayang Mengakibatkan Bahagia, Juga Mengakibatkan Bencana::.

031110(Rabu)

Salam Alaikh.
Ini mungkin entry terakhir sedang aku akan berhadapan dengan perang final. Doakan aku semoga berjaya habisi halangan terakhir ini. Amin.

Hari ini, sekadar ingin berkongsi artikel yang bersumberkan blog DUNIACACAMARBA. Menyayat hati sebenarnya. Dua kejadian merenggut nyawa. Atas alasan sayang tapi ditunjukkan dengan cara berbeza.

Kedua-dua cerita tentang SUAMI ini saya petik dari HM terbitan hari ini. Kebetulan, kedua-duanya dijadikan berita utama di akhbar itu. Saya cantumkan dan berikan nama baru. Agak bersesuain dengan latar cerita kedua-dua berita. Seorang membunuh kerana cemburu, seorang lagi terbunuh kerana mahu melindungi isterinya.

Kedua-dua cerita ada kaitan dengan perasaan "sayang".

Yang terbunuh sanggup membiarkan dirinya disengat ribuan lebah kerana sayang akan isterinya. Si arwah seboleh-bolehnya tidak mahu seekor pun penyengat menyakiti isterinya. Dia sanggup berkorban nyawa.

Yang membunuh hilang kewarasan kerana berang selepas isteri yang disayanginya dilihat minum bersama-sama dengan lelaki lain. Tertuduh ini meminta isterinya beredar. Namun, si mati enggan berbuat demikian. Ego tertuduh tercabar, maruahnya tercalar. Oleh sebab maruah dan egonya dimalukan di depan rakan-rakannya, maka si lelaki ini yang hilang kewarasan dan pertimbangan membelasah si isteri sehingga mati.


TERBUNUH:


[HM] KUALA TERENGGANU: Demi menyelamatkan isterinya, seorang penoreh getah sanggup menggadaikan nyawa apabila merelakan dirinya disengat ribuan lebah sehingga dia terbunuh dalam kejadian di Kampung Tanah Lot, Pasir Gajah, Kemaman, kelmarin.

Akibat kejadian kira-kira jam 11 pagi itu, Ali Din, 54, meninggal dunia dalam perjalanan ke Hospital Kemaman manakala isterinya, Khersiyah Engku Hassan, 51, turut cedera dan dimasukkan ke wad selepas terdapat 102 kesan sengatan pada badannya.

Kejadian berlaku ketika pasangan suami isteri itu berjalan kaki pulang ke rumah selepas selesai menoreh getah di kebun milik mereka sebelum seekor lebah tiba-tiba menyengat pipi Khersiyah.

Secara spontan, Khersiyah menampar lebah di pipinya hingga serangga itu mati, namun selang beberapa saat kemudian ribuan lebah muncul dan menyerang pasangan itu.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Abdullah Sani Salat berkata, dalam keadaan kelam-kabut dan kesakitan, pasangan itu lari mendapatkan bantuan pekerja asing di rumah kongsi tidak jauh dari situ.

Menurutnya, kumpulan pekerja asing itu menyerahkan selimut kepada Ali dan Khersiyah sebelum mereka turut melarikan diri ke semak berhampiran akibat disengat.

“Selepas mendapat selimut, si suami menyelimuti isterinya, tapi mereka terus berlari hingga si suami akhirnya terjatuh. Si isteri cuba membantu, tapi suaminya menyuruh dia terus lari menyelamatkan diri.

“Kebetulan, ada satu tong besar berisi air tidak jauh dari situ dan suami menyuruh isterinya menuju ke tong itu dan menyelam bagi mengelak terus disengat,” katanya.

Beliau berkata, biarpun keberatan, Khersiyah akur arahan suaminya dan tindakan itu menyelamatkan nyawanya manakala Ali terus disengat ribuan lebah hingga tidak sedarkan diri....- Hadzlan Hassan



MEMBUNUH

[HM] BINTULU: Bagaikan dirasuk syaitan, seorang suami membelasah, menendang dan memijak isterinya sehingga mati dipercayai akibat perasaan cemburu buta selepas melihat isterinya minum bersama rakan di rumah mereka.

Kejadian berlaku di rumah kongsi tempat tinggal pasangan suami isteri itu, Jalan Pesisir di Nyalau, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Lebih menyedihkan, lelaki berusia 33 tahun itu memukul isterin yang setahun lebih tua daripadanya di depan anak tunggal mereka berusia tiga tahun serta beberapa rakan sekerja.

Ketua Polis Daerah Bintulu, Superintendan Sulaiman Abd Razak berkata, sebelum kejadian, suspek minum bersama rakan di sebuah gerai dan apabila pulang ke rumah dia melihat isterinya sedang minum bersama empat rakannya di rumah kongsi berkenaan.

“Sebaik melihat isterinya sedang minum bersama rakan, suspek dikatakan mengarahkan isterinya beredar, namun wanita berkenaan enggan mengikut arahannya.

“Berang dengan sikap isterinya, suspek hilang pertimbangan lalu bertindak memukul, menendang selain memijak perut mangsa menyebabkan dia pengsan.

“Selepas dibelasah, wanita terbabit dikatakan pengsan sebelum disahkan meninggal dunia di rumah kongsi berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, polis menerima maklumat orang awam sebelum bergegas ke tempat kejadian dan menemui mangsa dalam keadaan terlentang selain mengalami lebam di beberapa anggota badan.

“Siasatan awal mendapati, mangsa meninggal dunia akibat kecederaan dalaman dengan kesan lebam ditemui pada badan mangsa,” katanya.


Beliau berkata, suspek yang berasal dari Dalat, Sibu kini direman bagi membantu siasatan dan polis tidak menemui sebarang senjata tajam di tempat kejadian...- Alias Abd Rani

Menyayat hati kan? Suami terbunuh gara gara lindungi isteri tercinta. Ini baru namanya 'kerana mu aku sanggup mati'. Eheh. Xpayah ungkap kata, hanya tunjuk pada perlakuan. Semoga roh arwah ditempatkan dikalangan orang orang yang beriman dan beramal soleh. Al-Fatihah.

Yang dibunuh pula. Ntah. Tidak mahu komen apa apa. Cuma itulah, isteri isteri yang masih hidup, dan bakal bakal isteri, taatlah dengan suami atau bakal suami anda selagi mana ianya tidak mengarah kepada kemungkaran, atau kemudaratan pada diri dan keluarga. Semoga dijauhkan dari kejadian sebegini. Amin.

p/s: Tiada kekuatan selain dari kekuatan ALLAH swt. Its been 2 month. 0_o

7 comments:

chenta said...

dua2 cerita ni jadi muka depan metro semalam..mcm2 hal berlaku...

gudluck utk final ^_^

|| A r a W a n i || said...

Eheh..
thanks sya...=)

Bijen M. said...

Dua-dua pun kes sayang bini.
Heh.

asrul amanda said...

Yang no dua paling kasi saya terharu.. kes lebah tu..

|| A r a W a n i || said...

Bijen.

Yup, cuma cara tunjuk berbeza.

Asrul Amanda.

Terharu isnt? Sanggup mati gara gara mau selmatkan isteri..
Sob sob.

Bijen M. said...

Bai.
Laki sayang bini bai.
Ha ha ha.
Bini je tak sayang laki.
Ke ke ke.

|| A r a W a n i || said...

Bijen

Awk,bini awk xsayang awk ea?
Wahahahahahaha...
Cyan awk kan?