.::Senaman Kegel::.

Salam Alalikh!=)

Memanglah letih. Pagi pagi melakukan senaman aerobik bersama makcik sporting memang terbaek dari ladang. Apa lagi musik yang diguna pakai adalah lagu poco poco kebanggaan negara Indonesia sana. Berpeluh jugak lah keti.Sudalah beraerobik sekadar memakai baju kelawar berkain sarung. Terbatas langkah kan. Ehy, tiba tiba merasa lucu. HAHA.

Cuma, yang mahu aku kongsikan di sini bukan pasal senaman aerobik tu. Mesti semua orang sudah tahu apa itu aerobik kan. Tadi, after aerobik, nona itu ajar senaman kegel. Tahu ka apa itu senaman kegel? Jenisan senaman ini adalah sangat bagus untuk kaum hawa yah. Menguatkan sistem (uhuk uhuk) Eh. Apasal terbatuk? Sistem peranakan perempuan lah. Mengetatkan apa yang longgar di samping yang lagi best boleh membantu mengurangkan masalah tidak boleh mengawal air kencing. Sebenarnya senaman ini sesuai untuk wanita wanita yang sudah berkahwin. Tapi memanglah tidak salah kalau ahwek pun mahu melakukan senaman ini. Tiada yang marah. Jangan takut.

Disebabkan aku memang pemalas, maka, aku selitkan penulisan mengenai senaman kegel ini. Mahu lebih lanjut? Sila la google! *sombong*

Senaman Kegel

 Senaman Kegel adalah senaman yang bagus untuk setiap wanita terutamanya wanita yang telah berkahwin dan melahirkan anak. Bagaimanakah melakukannya?

Fungsi dan Faedah Senaman Kegel

mampu membantu mengatasi masalah seperti tidak boleh mengawal kencing{mosimage}mengurangkan kes peranakan turunmeningkatkan aliran darah ke uterus atau vaginameningkatkan kualiti hubungan kelaminmenguatkan otot vagina seterusnya memudahkan proses bersalin dan mengurangkan koyak pada perenium

Kaedah Asas (Permulaan)

Sewaktu membuang air kecil, buat kemutan bagi menghentikan aliran air kencing secara tiba-tiba

Tahan dan kira sehingga bilangan 10 sebelum melepaskan baki kencing seperti biasa

Otot pada pangkal rahim anda cukup kuat jika anda mampu menahan air kencing tanpa menggerakkan kaki.Untuk Pastikan Kaedah Anda Betul

Anda boleh memasukkan jari (yang telah dicuci bersih) ke dalam faraj dan cuba cengkam jari ini menggunakan faraj anda. Cengkaman ini lazimnya terasa pada bahagian pangkal jari saja.Otot punggung (otot gluteus), otot abdomen (terutama kawasan bawah pusat) dan otot paha seeloknya tidak dikemutkan pada waktu ini. Anda boleh meletakkan kedua tangan pada kawasan punggung dan abdomen serta peha bagi memastikan ia tidak mengeras sewaktu senaman kegel dilakukan.Senaman Yang Sempurna

Setelah kaedah anda betul, lakukannya ketika pundi kencing anda telah kosong (cara yang sama seolah-olah seperti menahan diri daripada membuang air kencing). Tabiat menahan kencing boleh menyebabkan masalah kencing tidak lawas.Anda boleh berdiri, duduk atau berbaring ketika melakukannya.Jangan menahan nafas ketika melakukannya.

Tahan otot selama kiraan 10-20 dan rehatkannya dengan kiraan 10-20 lagi sebanyak 4 setiap sesi. Lakukan 3 sesi sehari (pagi, petang dan malam).Jika masih tidak pasti kaedah yang betul, jangan malu berjumpa doktor untuk mendapatkan panduan.

Keberkesanan

Biasanya, kesannya senaman ini dapat dirasai dalam masa 2 hingga 3 bulan, jika dilakukan setiap hari.Keberkesanannya bergantung kepada kaedah yang betul dan ianya mestilah dilakukan secara konsisten. Berpantang adalah waktu terbaik untuk melakukan senaman Kegel kerana ia turut dibantu dengan kehadiran hormon yang banyak dalam badan. Bagaimanapun, ia tidak disarankan bagi wanita yang bersalin secara pembedahan atau terlalu banyak koyak pada vagina.Secara umumnya, senaman Kegel mampu mengembalikan 50 peratus kekuatan otot vagina, malah ada kes yang pulih 100 peratus. Bagaimanapun kejayaan ini berbeza antara individu mengikut tahap masalah masing-masing.
Salah satu cara. Eh, banyak cara tau senaman ni.
Harian MetroMayoclinic.com
Masalah Kawal Kencing,
Utusan Malaysia 

Lagi yang menarik senaman ni, tidak perlu ruang yang besar. Buat sambil tidur pun boleh saja. Eh? Buat sambil tidur? Nonsence!

O ya. Gara gara kejadian semalam, aku mengambil keputusan untuk kawin lambat. Kerana apa? Aih, tanggungjawab menjaga anak kecil memang boleh memengsankan disamping perlu kewarasan tahap dewa dewa. (Syukurlah belum ada boipren!)

p/s: Anak anak memang manja. Sabar saja lah...

Comments

Popular Posts