.::Siapakah Anda? Lets Berfikir...::.

Salam Alaikh.

Ah. Penatnya nanges sejak semalam. Haha. Tipu lah. Mana ada nangis sampai sehari semalam. Tipu betul. Oh. Sedang berjalan jalan cari ilmu ke blog blog orang, aku terjumpa ini artikel. Dari blog gadis manis ni. MISS NURIZ. Ehhe. Semoga ada manfaatnya. Baca, jangan tengok saja.




Siapakah orang yang sombong?

Orang yg sombong adalah orang yg diberi peluang menikmati kehidupan tp mereka tdk mahu sujud kpd yang menjadikan kehidupan itu iaitu Allah S.W.T, Tuhan sekelian alam. Maka bertasbihlah segala apa yg ada di bumi dan langit kpd TuhanNya kecuali jin dan manusia yang sombong diri..

Siapakah orang yang telah mati hatinya?

Orang yg telah mati hatinya adalah orang yg diberi petunjuk melalui ayat-ayat Al-Quran, Hadith dan cerita-cerita kebaikan namun mereka tidak merasai apa-apa kesan di dalam jiwa untuk bertaubat..

Siapakah orang yang dungu?

Orang yg dungu adalah orang yg tdk mahu beribadah tp menyangka bahawa Tuhan tdk akan menyiksanya dengan kelalaiannya itu dan sering merasa tenang dgn kemaksiatannya..

Siapakah orang yang kuat?

Orang yg kuat adalah orang yg dapat menahan kemarahannya ketika ia dalam kemarahan..

Siapakah orang yang lemah?

Orang yang lemah adalah orang yg melihat akan kemaksiatan di depan matanya tp tidak sedikit pun ada kebencian di dalam hatinya akan kemungkaran itu..

Siapakah orang yang bakhil?

Orang yang bakhil lagi kedekut adalah orang yg berat lidahnya untuk membaca selawat ke atas junjungan Rasulullah S.A.W..

Siapakah orang yang buta?

Orang yg buta adalah orang yg tidak mahu membaca dan meneliti akan kebesaran Al-Quran dan tidak mahu mengambil pelajaran daripadanya..

Siapakah orang yang tuli?

Orang yg tuli adalah orang yg diberi nasihat dan pengajaran yg baik namun tdk diendahkannya..

Siapakah orang yang sibuk?

Orang yg sibuk adalah orang yg tdk mengambil berat akan waktu solatnya seolah olah ia mempunyai kerajaan seperti kerajaan Nabi Sulaiman a.s..

Siapakah orang yang manis senyumannya?

Orang yg mempunyai senyuman yg manis adalah orang yg ditimpa musibah lalu dia berkata "Inna lillahi wainna illaihi rajiuun.." serta berkata,"Ya Rabbi Aku redha dengan ketentuanMu ini".. sambil mengukir senyuman..

Siapakah orang yang menangis airmata mutiara?

Orang yg menangis airmata mutiara adalah orang-orang yg sedang bersendiri sambil mengagumi kebesaran Allah S.W.T dan menginsafi segala dosa-dosanya yg telah lalu sehingga mengalir airmata sesalnya..

Siapakah orang yang kaya?

Orang yang kaya adalah orang yg bersyukur dengan apa yang dimiliki selama ini dan tdk tamak atau haloba dgn kenikmatan dunia yg sementara ini..

Siapakah orang yg miskin?

Orang yg miskin adalah orang yg sentiasa tdk puas dengan nikmat yg ada dan sentiasa berusaha mengejar harta dlm kehidupannya..

Siapakah orang yang pandai?

Orang yg pandai adalah orang yang bersiap-siap untuk hari kematiannya kerana dunia ini hanyalah sementara cuma sedang akhirat kekal selama-lamanya..

Siapakah orang yang bodoh?

Orang yg bodoh adalah orang yg beriya-iya berusaha sekuat tenaga untuk dunianya sedangkan akhiratnya diabaikan..

Siapakah orang yang maju dalam hidupnya?

Orang yang maju dalam hidupnya adalah orang-orang yang senantiasa mempertingkatkan ilmu agamanya..

Siapakah orang yang mundur hidupnya?

Orang yg mundur dalam hidupnya adalah orang yg tidak pernah mempedulikan akan halal dan haramnya sesuatu perkara itu..

Siapakah orang yang gila?

Orang yang gila itu adalah orang yang meninggalkan sembahyang dgn sengaja sedangkan hanya dua syarat sahaja yg memperbolehkan seseorang itu meninggalkan sembahyang, pertama sekiranya ia haid dan kedua ketika ia tidak siuman akalnya..

Siapakah orang yang rugi?

Orang yg rugi adalah orang yg sudah sampai usia pertengahan namun masih berat untuk melakukan ibadat dan amal-amal kebaikan..

Siapakah orang yang selalu ditipu?

Orang yg selalu ditipu adalah orang muda yg menyangka bahawa kematian itu berlaku hanya pada orang tua..

Siapakah orang yang paling cantik?

Orang yg paling cantik adalah orang yg mempunyai akhlak yg baik..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yg paling luas?

Orang yg mempunyai rumah yg paling luas adalah orang yg mati membawa amal-amal kebaikan di mana kuburnya akan diperluaskan saujana mata memandang..

Siapakah orang yang mempunyai rumah yg sempit lagi dihimpit?

Orang yg mempunyai rumah yg sempit adalah orang yg mati tidak membawa amal-amal kebaikan lalu kuburnya menghimpitnya..

Siapakah orang yang mempunyai akal?

Orang yg mempunyai akal adalah orang-orang yang menghuni syurga kelak kerana telah menggunakan akal sewaktu di dunia untuk menghindari siksa neraka..

Siapakah orang yang tidak berakal?

Orang yg tidak berakal adalah orang-orang yg menghuni neraka kelak kerana sekiranya mereka di dunia dahulu menggunakan akal mereka dgn berfikir bahawa neraka itu tempat azab dan siksa, tentu sekali mereka tidak akan melakukan perkara-perkara yg dimurkai Allah sehingga menjerumuskan mereka ke lembah neraka..





Maka, aku berfikir? Aku ini yang mana ya?

Comments

ish3.. terkena kat batang hidung sendiri... harap2 bukan keinsafan yg sementara ;(

mohon share...
A. said…
suka entry ni :)
terima kasih lah berkongsi ilmu :D
Nora:
Hihi. Sama2 kita sedar diri

Nelly:
tq nelly..

SM.
Share saja.. Moga ada manfaat.

AZ.
Tq.. Sama2 kita berkongsi ea.. Ini pun ambil dri blog lain..=)

Popular Posts