.::Story About Her::.

Salam Alaikh.

Hari ini menggunakan kata ganti nama diri yang lebih sopan iaitu 'saya'. Ini demi mengikut format subjek Bahasa Melayu jenis karangan darjah enam yang bertajuk 'Nenek Saya'.

Ok. 1 2 3 mula!

Emak saya mempunyai emak. Emak kepada emak saya merupakan nenek saya. Nenek saya bernama Arfah (memang nama sebenar). Nenek saya dilahirkan pada tahun 1937. Sekarang nenek saya berumur lebih kurang *pici kekleter* 64 tahun. Beza 40 tahun dari umur saya yang saya juga merasakan sudah agak tua.

Nenek saya sekarang merupakan ibu tunggal memandangkan arwah atuk saya sudah meninggal dunia lebih kurang 4 tahun yang lalu. Sila lah sedekahkan al-Fatihah untuk arwah atuk saya dan juga untuk arwah arwah yang telah kembali kepada pencipta sekalian alam yakni ALLAH swt. Arwah atuk saya seorang yang macho semasa riwayatnya. Tidak banyak cakap, dan cukup berilmu pada pandangan saya. Punya buku agama yang banyak. Yang lebih mengamazingkan, arwah atuk saya tidak seperti kebanyakan atuk atuk yang seusia dengannya. Arwah tidak rabun, malah tahap pendengaran arwah cukup peka. Cucu cucu arwah lagi rabun, lagi pekak badak berbanding arwah. Kadang, bila kami lepaking di bawah rumah secara berjemaah dan hp berbunyi di atas, arwah deluan catch bunyi berbanding kami, cucu cucu arwah yang muda belia remaja. Memanglah malu, tapi kami buat dontknow saja. Tidak banyak cakap. Eh, saya sudah tulis tadi kan? Tidak mengapalah, saya memang suka tulis dua kali. Cukuplah bercerita pasal arwah atuk saya, sebab tiba tiba saya terasa ingin menangis. *tarik nafas dalamdalam* Saya rindukan arwah........*sebak*

Tapi sebenarnya karangan ini bertajuk 'nenek saya'. Jadi biarkan saya meneruskan penulisan warkah ini mengenai nenek saya. Saya sayangkan nenek saya. Saya sayang sangat dekat nenek saya. Nenek saya orangnya banyak cakap. Kurang cool macam arwah atuk saya. Dan agak lawak. Nenek saya mempunyai 7 orang anak dan emak saya merupakan anak yang pertama.

Masa muda nenek saya adalah agak susah. nenek saya membesarkan emak saya dan adik beradik emak saya iaitu makcik makcik dan pakcik saya dengan keadaan yang serba daif. Tapi syukurlah, sekarang nenek saya sudah ada rumah sendiri, yang dibina di atas tanahnya dan menguasahakan dusun buah buahan. Tempat kami berkumpul di hari raya. Dan hujung hujung minggu. Bagi kami, tiada istilah balik kampung sebab rumah saya dan nenek saya hanya 2 minit perjalanan.

Semalam, semasa bapak saya datang jemput saya, nenek saya ikut sekali. Katanya mau spend saya makan. Disuruh pilih samada makan nasi lalap atau KFC. Mestilah saya pilih nasi lalap. Lagipun kalau KFC lama betul mau menunggu. Kesian nanti adik saya menunggu untuk diambil dari sekolah. Nenek saya sekarang berhati sangat sensitip. Sekejap saja boleh menangis. Lebih lebih lagi bila nenek tengoko kami semua sudah BESAR. Bukan saja besar dari segi umur, dari segi saiz juga. Ya, saya memang berazam untuk diet selepas ini.

Cuma saya sedih tengok nenek saya. Nenek sudah tidak berapa sihat. Dan sejak dua menjak ini, nenek saya berkelakuan agak pelik. Bermalam di rumah anak anaknya secara bergilir gilir which is jangan harap nenek mahu buat begini waktu dulu dulu. Sayang mahu tinggalkan rumah. Tiada orang jaga katanya. Padahal makcik saya yang kedua bongsu ada jaga rumah kalau nenek berjalan. Nenek beli sejadah banyak banyak untuk disedekahkan ke masjid.

Serius, kadang saya rasa macam... Eh. Tidak mahu tulis. Saya takut. Janganlah. Mungkin saya yang berfikir bukan bukan. *nangis*

Mestilah bukan gambar nenek saya. Ini ihsan google.
p/s: Moga ALLAH beri kesihatan kepada nenek saya. Amin.

Comments

InaYusoff said…
jangan fikir bukan-bukan yer bebeh..

doakan kesihatan beliau saje..
baek *anggukangguk*

Nenek agak pelik sejak kebelakangan ni bebeh..
tuh yang rs laen mcm tuh..
Ivy James said…
kita doa yang baik2 saja ;)
ok bah girl..
hihi..
thanks tau..
NUR AYNIE said…
COMEL NYER~~~!! hihiih
NA....
apa yg comel tu?
gambar nenenk tuh ye?
Anonymous said…
cikgu BM bagi keje skolah nyer..hehe..pk +ve k.. hehe
PB
Haah. Hihi..
Im tryin..=)
Thanks!
Muzaffar said…
Bermanjalah dengan nenek selagi dia masih ada. Saya tak pernah merasa kasih nenek sebab dia dah takdak masa saya keluar....
Muzaffar
Keluar p mana?

oh.. ok2... baiklah..=)

Popular Posts