.::Fatin Liyana dan Sembilan Nafsu::.

Salam Alaikh..

Bila sebut pasal blogger, mesti rata rata blogger kenal dengan FATIN LIYANA. Apa? Tak kenal? Hang memang penipu besaq.. Lebih lebih lagi adik adik manis, wanita berfesyen dan budak budak sekolah yang suka benda kiut miut penuh dengan pengetahuan tentang fesyen. Eh, bukanlah hendak mengatakan yang si Fatin Liyana itu adalah benda.. Haha, sekadar penerangan.

Aku follow budak Fatin ni sudah lama. Bukan sebab aku ini fashionable or gadis semasa yang berpakain haptodate senantiasa. Kadang, erm, sedih jugaklah. Yalah, lumrah seorang perempuan, mestilah mahu chantek chantek, haptodate segala bagai kan. Kalau tengok diri sendiri, ya, memang aku sangat 2007 lah bak kata si FL ni kan, tapi syukur saja, sekurang kurangnya aku masih berpakain kan. *cry*

Eh, aku cakap pasal apa tadi? Oh, aku follow dia sebab si FL punya blog ini sangat la berinformasi. Si molek FL ni memang la beuty with brain orang bilang.

Untuk dia punya recent post, pasal orang perempuan berakal 1 bernafsu sembilan memang la benar benar benar benar. Haha. Sangat setuju. Namanya kalau perempuan, moody itu sudah pasti, mahu itu mahu ini.. Kalau diturut memang mati. Ye dop?

Mahu baca? Sila la klik sana . Haha.. Asyik orang tulis sini jek kan. Kesian sana, terasing.

Comments

Mawar Berduri said…
tapi walaupun lelaki dikurniakan 1 nafsu dan sembilan akal, tapi mereka tak menggunakan sembilan akal itu.. sedih..

Popular Posts