Pages

.:: S A H A B A T ::.

tabung

Thursday, July 28, 2011

.::Tahi Judi Buat Anak Untuk di Jual. Memang Very The Syaithon!::.

Salam Alaikh...

Senyum senyum senyum. Jangan lupa senyum walau dalam hati berdarah membuak buak pun. Sebab senyum itu tandanya tabah. So, sebelum membaca terus, mari senyum beramai ramai! 1.. 2.. 3... Senyum!

Sudah? Okay.. Mari kita tengok, lepas kalian membaca artikel ini, adakah kalian boleh senyum macam tadi lagi. Inilah spesis mak bapak syaithonirrajim!


 AsiaOne melaporkan sepasang kekasih ditangkap di bandarDongguan, China kerana menjual tiga anak mereka untuk membiayai ketagihan mereka terhadap permainan dan judi atas talian. Menurut laporan akhbar China, ketiga-tiga kanak-kanakmalang itu telah dijual kira-kira 63 000 yuan (S$ 11,760).
  
Pasangan, Li Lin dan Li Juan, dilaporkan bertemu di sebuah kafeinternet pada tahun 2007 dan seterusnya menjalinkan hubungankerana mempunyai minat yang sama, iaitu permainan atas talian.

Pasangan itu dilaporkan menerima kelahiran anak pertama setahunkemudian. Yang menyedihkan, media melaporkan bahawa pasangan ini meninggalkan bayi lelaki mereka seorang diri di rumahsemata-mata kerana kemaruk bermain permainan atas talian di sebuah kafe internet yang letaknya kira-kira 30 km dari rumah mereka. 

Pada tahun 2009, pasangan itu menerima kelahiran bayi perempuan sebelum bertindak menjualnya untuk membiayai tabiatperjudian mereka di internet.

Pasangan itu dilaporkan telah menjual bayi perempuan mereka untuk 3 000 yuan (S$560)  dan kemudiannya menjual anak sulungmereka untuk jumlah yang lebih besar, iaitu 30 000 yuan (S$5 600). Apabila anak ketiga mereka dilahirkan, pasangan ini menjualnya serta-merta dengan harga yang sama.
 
Ibu Li Lin yang mendapat tahu perkara yang berlaku telah melaporkan hal tersebut kepada pihak berkuasa. Pasangan ini didakwa menganggap perbuatan mereka tidak melanggar undang-undang.

Apabila ditanya jika mereka merindui anak-anak mereka, tanpa rasa bersalah mereka menjawab, "Kami tidak mahu membesarkanmereka, kami hanya mahu menjual mereka untuk sedikit wang."

P/s: Gila!

p/s/s : ^%$#^%$^@^&^&*^^&%^!!!!

Sumber: Sini

2 comments:

unknown girlz said...

gila!
kesian budak-budak tu yg tak bersalah. tak patut betul :(

|| A r a W a n i || said...

memang tak patot.. terok betul psngn ni kan...