.::An Awsome Weekend Together With Love One, Two, Three::.

Salam Alaikh!=)

Hari ini kita sudah berada separuh daripada Ramadhan Kareem. Macam mana pencapaian? Makin ok kah? Atau makin tidak ok kah? Sendiri boleh jawab..=)

Hujung minggu aku sangat awsome. Bersama mereka mereka yang tersayang, Alyn Lavign, Zay Jolie dan juga Ayyim Black. Ah, my name, mestilah Ara Perry. Tapi disebabkan tamak, kadang nama ini boleh bertukar ke Ara Swift! *waving* *pengsan*

Berada diperantauan jauh dari keluarga memang dugaan yang menyedihkan. Walaupun aku ada kakak, tapi tetap sedih sebab kakak bukan parents. Yah, parents yang utama. Lagi lagi kita jauh dengan rumah kita. Sedih kan. Tapi aku jadi kurang sedih sebab aku tidak pernah sendiri. Di sini, walau aku jauh terpisah dengan darah daging ku, tapi aku sangat dekat dengan mereka mereka dan mereka. Sahabat baik ku. Sahabat yang aku kenal ketika di alam kampus.

Jumaat petang fetch Zay di lrt universiti. Maka bermula kisah cik Kiah. We are laughing, chatting, and sharing. Main tekejut tekejut semua. And the best part is, our buka puasa on that day are sponsored bye Zay Jolie. Thanks buddy! Kami berbuka di A&W. Syukur Alhamdulillah.

And the next day, Ayyim Black pula menjejakkan kaki. Ada sesi membongokkan diri di SOGO. Ya TUHAN, sangat ramai orang okeh. We all are gasping for air dalam SOGO tuh. Sumpah will never be there again! (Tym puasa saja. HAHA). Cannot take it anymore, kami lari ke Armcorp Mall. Lagi selesa maybe. Then searching for tempat untuk berbuka. Cari punya cari sampai terjatuh dekat escalator (OMG!! Sangat memalukan okeh)
here we are.. UNCLE CHILLI's kot ejaan dia. Memang superb. Sangat. Ikan Masak Cheese, Sayur Kangkung, Ayam goreng, Banana Split.. Semuanya sangat sedap. Tidak lah rugi Ayyim Black belanja kamiorang. Ahahahaha. Asyik member saja yang belanja ni? Turn i bila pulak? Heyp, tunggu i kaya okeh. Sekarang baru mahu memulakan hidup. Thihihihi..=)

And that night I treat my buddy with.. SOSEJ SALUT ROTI TOGETHER WITH CHEESE! Ehm, panjangnya tajuk. Taken from here. INAHAR'S COOKING TIME. First time buat. But syukur, they like it. Kot. Ahaha. And for our sahur, i made them BIHUN SUP SIMPLE. Sebab sangat simple. Taken from MyResepi. And again, syukurlah. Dorang boleh makan. Itu jek i mampu. Belanja makan dengan masakan di rumah. Heyp, i masak dengan penuh kasih sayang okeh.

Ini lah antara kebaikan duduk jauh dengan family. At least aku ada courage untuk masak. Sebab aku ini memang kayu dalam bab masak memasak. Uff.

Ok, disebabkan aku bukan blogger yang suka upload picture, maka entry ini bersih daripada picture. Bye!

P/S: Kami berpisah di KL central. Sob! Sob!

Comments

Popular Posts