.::Senggugut ke Sesungut?::.

Salam Alaikh =)

Beginilah kalau ALLAH jadikan kita perempuan. Akan ada masanya kita ABC. Tahu apa itu ABC? Ya betul. Itulah alphabet! (Sambil ketuk kepala korang) ABC ni ayat moden, cis moden la sangat. Ayat internet macam OMG, TGIF, TQSM segala tuh. But ABC ni, muslim and malays saja yang tahu. Bhahahaha. ABC stand for ALLAH Bagi Cuti. Kan ABC tuh. Haruslah diingatkan bahawa, ABC ini tiada kena mengena dengan kaum lelaki. Bye!

Jadi, ABC tu memang lumrah. Lumrah bagi seorang makhluk bernama perempuan yang sudah matang sebab ABC ni memang tidak releven untuk kanak kanak dan bayi perempuan. Maka, senggugut juga adalah releven bagi tidak semua wanita. Ya, bukan semua wanita yang mengalami peristiwa ABC ini juga akan mengalami peristiwa senggugut. Tapi mostly wanita yang akhil baligh akan melaluinya juga. Cuma berbeza kekerapan. Ada yang asal-period-saja-senggugut. Ada yang kadang kadang. ada yang jarang jarang.

Sangat sakit. Itu saja perkataan yang boleh digunakan untuk menggambarkan sakitnya senggugut. Sangat ya, sangat. Sehinggakan sakit yang ini merupakan punca nombor satu kenapa wanita tidak dapat hadir ke tempat kerja, kelas, etc. Apa? Tidak percaya? Ini adalah hasil kajian Institut Kesihatan Kebangsaan di Amareka. Rujuk sini kalau sangsi.

Sebagai pesakit berstatus asal-period-saja-mesti-senggugut, aku terpanggil diri sendiri untuk share mengenai si sesungut ni.

Melalui pembacaan yang aku buat, perlu kita tahu bahawasanya, senggugut ini asalnya ada dua jenis. Primer dan juga sekunder.

Ok, baca nih. 

Primer:

• Sering berlaku di kalangan remaja yang baru mula datang haid dan anak gadis di sekitar lingkungan umur 16 hingga 25 tahun, terutamanya yang belum berkahwin.
• Senggugut jenis ini tidak berpunca dari sesuatu jenis penyakit.
• Rasa sakit yang berlaku adalah disebabkan oleh:
(a) kuncupan rahim yang begitu kuat sekali (hasil tindakan hormon yang digelar prostaglandin) untuk mengeluarkan ketulan darah haid.
(b) pengeluaran darah haid yang perlu melalui saluran pangkal rahim yang biasanya masih sempit di kalangan gadis remaja.
• Kesakitan ini biasanya akan berkurang atau hilang selepas berkahwin atau selepas melahirkan tetapi jika kesakitan masih ditahap yang teruk, kemungkinan senggugut tersebut dari jenis sekunder. Ada juga sesetengah wanita, senggugutnya hanya hilang apabila menopaus (memanglah hilang sebab dah tak ada haid!)
• Senggugut jenis primer ini biasanya tidak menyebabkan kemandulan.
• Tahap kesakitan dan jangka waktu sakit adalah berbeza di antara seorang wanita dengan yang lain. Kebanyakannya mengalami senggugut pada hari pertama haid dan hanya untuk satu ataupun dua hari sahaja.

Sekunder:
• Biasanya dialami oleh wanita yang sudah berkahwin dan melahirkan anak.• Lazimnya senggugut ini lebih teruk dan lebih panjang waktunya.• Antara punca penyebabnya adalah:(a) Jangkitan kuman pada perkakas peranakan(b) Ketumbuhan dalam rahim seperti endometriosis, adenomyosis dan fibroid(c) Rahim yang terbalik (retroverted uterus)• Senggugut jenis ini jika dibiarkan boleh membawa kesan yang buruk dalam jangkamasa panjang seperti masalah kurang subur, mudah keguguran, pendarahan yang berlebihan dan berpanjangan atau senggugut yang sangat teruk. 

 Okeh. So, untuk gadis gadis yang belom berkahwin, senggugut yang kita alami itu (apsal kita?) adalah senggugut jenis primer. Dengan izin ALLAH akan hilang SELEPAS BERKAHWIN. Hahahaha. Eh, apsal ketawa? Husband for hire plisss~~ Ok. Mengarut. Bye!

And here beberapa tips untuk kurangkan sakit ni.

  1. Ambil botol dan isi dengan air panas, balut dengan tuala, then tuam la atas bahagian yang sakit tuh.
  2. Ambil halia, hancurkan then letak dalam segelas air. Bila sudah rasa seolah olah air halia itu berosmosis dengan air biasa, then minum.
  3. Ambil bawang putih, buat macam tips no dua.
Itu saja. Semua petua di atas aku TIDAK akan buat kecuali yang first. Haha. Tips 2nd and 3rd tu, my nenek yang bagi. Siapa yang sanggup, sila la buat. Tapi percayalah petua orang orang tua memang mujarab.

Mahu lagi banyak petua, then klik lah di SINI, SINI dan SINI. Mahu lagi? Amboi.... Korang boleh lah google sendiri kan. 


Ini memang fav position ever bila terkena gangguan sesungut! =)

Seboleh bolehnya, elakkan ambil ubat ubatan kimia sebab sangat banyak bad effect yang kita akan lalui. Ok, terus sendiri sedih sebab untuk kali ini.. I have to amik ubat ubatan ini sebab sakit yang dilalui tidak tertahan lgi. Fine ubat... Fine. U menang!

Comments

Ubi Kentang said…
Tips 1st tu mmg penah buat tp selalunye makan panadol je sbb nk cepat. huhu...
bahaya ye.. sila take not.. kang kalu orang cerita kt cni kang terus cik UK nanges plak..=)
wow...nice tips biarpun x penah merasa senggugut
wah~~ bagusnya xpenah rsa senggugut...
Santan Berlada said…
boleh la bg petua ni kat adeq ak... haha... ^^
SA..
Ya, bagilah. Bagi dekat bakal bini nanti pon boleh. Ahahaha~~

Mo claim rm2 la.

Popular Posts